Wednesday 14 November 2012

Cerpen Aisar Batrisyia






 
DANIAL AISAR

Nama aku Danial Aisar. Aku ni biasa sahaja dan suka berpuitis. Aku selalu letak puitis aku dekat facebook, yelah sahajakan nak kongsi dengan kawan facebook. Aku letak untuk suka-suka sahaja. Kalau  ada ilham sahaja  yang datang, aku cepat tulis-tulis dan terus post ke facebook. Dari mana aku dapat ilham itu, aku pun tak tahu sebab dia datang sendiri, jadi jangan tanya dari mana dan macam mana  aku boleh dapat. Yang penting aku bersyukur dengan apa yang Allah bagi dekat aku, Ahamddullah. Agak-agak aku boleh jadi A Samad said tak? Sebenarnya aku minat dgn A Samad ini kerana puisi beliau mempunyai maksud tersendiri, tapi aku tak adalah profesional sangat..baru berjinak-jinak ..maklum la lelaki yang otaknya  penuh dengan  idea kata-kata manis ini. Biasalah  romantis kan memang sikap seorang insan bernama lelaki, tak kan tak ada ayat power..ye idak..tapi itulah aku pun pelik kenape aku nie popular sangat dekat facebook..sampai banyak sangat peminat aku. Nak kata aku ini handsome macam Lee Dong Wook atau Rain Bi itu  tak ada  la,seenak mata memandang je,manis begitu..tapikan aku berasa pelik pulak. ish pelik pelik aku dibuatnya sambil melihat diri sendiri dalam cermin.... 
Baru- baru ni aku kena tegur dengan seorang gadis yang menyatakan yang beliau meminati puisiku dan juga mengatakan yang bahawa dia suka aku, nama gadis tersebut ialah Irdina Batrisyia.  Aku berasa terkejut kerana aku merasakan puisiku Cuma puisi biasa sahaja. Kalau dibandingkan dengan puisi Miqael Arshad yang begitu puitis, aku dah tentu kalah. Dia tegur aku dengan menggunakan chat di facebook aku, jadi aku jadi orang yang mesra alam aku layanlah. Tak baikkan kalau ada orang tegur tapi aku tak layan takut mereka gelarkan aku sombong pulak.


**********
IRDINA BATRISYIA

Irdina Batrisyia nama aku diberi....cun tak nama aku?cun kan..hihihi. Nama aku ini arwah nenek aku berikan sebab aku ini cucu perempuan yang pertama yang di lahirkan. Aku  ini tak  pandai sangatlah nak bermadah manis madu,tapi aku ini suka stalk seorang mamat ni dekat facebook. Kawan aku juga tapi aku tak pernah tegur pun..hihihi . Baik tak aku ini?. Nak tahu tak kenapa aku suka stalk dia sebab status dia banyak sangat ayat-ayat  manis ini macam madu lebah boleh kalah ayat-ayat abang aku yang jadi kaki perempuan itu hihihi. Puisi  dia membuatkan aku menjadi lebih semangat dalam hidup, al maklumlah aku ini lemah dalam hidup aku ini sebab mudah tersentap dan terasa dengan seseorang. Kalau aku nak tenangkan diri aku hanya membaca puisi si dia sahaja. Pelik kan aku? Orang lain kalau nak tenangkan diri dengan melancong, menjerit dan sebagainya tapi aku hanya membaca puisi si dia sahaja.hahaha..


Kawan-kawan aku pun tahu yang aku suka stalk seseorang ini. Mereka ada juga sarankan aku mencuba nasib untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan si dia. Cuma aku sahaja tak mahu sebab aku malu lah bab nak tegur. Kalau aku tegur gerenti aku sembunyi bawah katil atau dekat almari baju aku, sanggup sebab malu sangat. Alah kan perempuan ad sifat malu, wajib itu. Kalau tak ada persaan malu nanti di katakan perempuan murahan pulak.


“ Id, wei..mamat tu online lah. Cubalah kau tegur dia” kata wawa kawan baik aku. Kawan yang selalu ada ketika aku susah atau senang. Aku hanya tersenyum seraya membalas 

Wa, tak naklah. Aku malu lah..aku ini kan perempuan, tak sanggup aku. Lagipun aku nak cakap apa dekat dia” Ish Wawa ini ada pulak aku nak tegur mamat itu. Tak sanggup aku nak tegur, malu.

“ Alahai.. apa nak di malukan Cuma tegur dan cakaplah yang kau ini suka karya dia yang macam madu lebah itu. Tegur sahajalah. Apa susah” Kata Wawa dengan sungguh-sungguh. Aku tahu Wawa sedang menuipkan semangat untuk aku untuk berchat denagn mamat itu. Serius aku tak tahu nak cakap apa dekat dia kerana aku hanya boleh memuji sahaja.

“ Malu lah beb… aku tak pernah berchat dengan lelakilah.. macam mana aku nak tegur dia, ajar aku wa..” Akhirnya aku kalah dengan perasaan aku dan semangat yang di perjuangkan oleh Wawa. Akhirnya, aku on kan chat dan mula interaksi dengan si dia.

IRDINA BATRISYIA & DANIAL AISAR

IB : hai awak… salam kenal

DA : hai..erk.. salam kenal

IB : dah lama saya nantikan awak online.. baru hari ini saya dapat berbual dengan awak.

DA : oh.. yeke.. maaflah saya sibuk sikit. Ada kerja yang perlu di buat.

IB : tak apa.. janji awak dapat balas mesej saya sudahlah..hihi. hurm awak, sebenarnya saya      sukalah puisi awak itu, buat saya tenang sahaja bila saya baca.

DA : oh yeke… ala puisi saya biasa sahaja.. puisi jiwa sahaja.

IB :  tak akan puisi jiwa kot, saya tak percayalah… lagipun puisi awak dah sehebat penulis kegemaran saya iaitu Miqael Arshad.

DA : erk..puisi saya biasa sahaja, tak sehebat mana pun. Lagi-lagi penulis kegemaran awak itu. Oklah awak saya ada kerja ini, nanti kita sembang lagi ye. Salam

IB : ok… saya akan nantikan awak lagi… jaga diri. Walaikumsalam


************
Setelah beberapa bulan aku berberinteraksi dengan Irdina Batrisyia. Aku dengan dia menjadi kawan secara rasmi. Aku senang berkawan dengan dia sebab seorang kawan yang happy go lucky dan yang penting dia jujur orang nya. Rupanya aku dengan dia mempunyai minat yang sama iaitu suka membaca novel, ketika aku cakap aku suka baca novel. Dia terkejut dan tak sangka bahawa ada juga lelaki yang baca novel. Pada masa itu aku mampu tersenyum sahaja depan komputer aku sahaja, kalau aku ketawa depan dia gerenti dia cakap aku gila hihi. Tapi aku tak ada perasaan dekat dia sebab apa, aku pun tak tahu sebab apa kerana aku tak fikir lagi kot pasal hal-hal cinta ini. Kalau dah sampai seru baru aku fikir kot. Pada hari ini, aku telah pergi kedai buku Popular untuk mencari novel terbaru dan buku- buku yang berunsurkan islam yang di pesan oleh ayah aku sebelum aku melangkah keluar. Tiba-tiba ada orang tegur aku, terus aku paling muka dan berasa pelik.


“ Assalamualaikum, maafkan saya.. tak salah saya awak ini Danial Aisar kan

“ Walaikumsalam, ye saya Danial Aisar… awk ini siapa ye?” Danial Aisar berasa pelik dengan seorang gadis yang tiba-tiba tegur dia. Seumur hidup dia tak pernah dia kena tegur dengan panggilan penuh. Kebanyakan kawan-kawan dia memanggil dengan nama Dasai. Dia melihat gadis di depannya yang cukup sempurna dengan ciptaan Allah.

“ Saya Irdina Batrisyia.. kita selalu berchat dengan facebook” kata Irdina Batrisyia dengan sungguh-sungguh untuk menyakinkan Danial Aisar. Aduhai kenapa lah si Danial ini tak ingat lansung tak kan dah lupa kot.

“ Oh, awak… saya ingat. Maaf kan saya sebab selalu nya kawan-kawan saya guna nama panggilan sahaja. Tak pernah pulak panggil nama panjang saya” Danial Aisar hanya mampu tersenyum melihat telatah Irdina batrisyia. Rupanya, hari ini ada tuah aku keluar sebab aku dapat jumpa peminat aku. Hihi

“ Hehe..maafkan saya, tiba-tiba main tegur sahaja. Hurm.. awak buat apa dekat sini?beli novel ke?” Irdina Batrisia melihat Danial Aisar dengan tangannya yang tengah pegang salah sebuah novel keluaran Kaki Novel bulan JUN. Tak salah dia novel tersebut novel dari Eliza Ab yang bertajuk Hatimu Milikku.

“ Hihi..tak apa. Saya tak kisah, aah saya nak beli novel, tapi saya tak tahu nak beli novel apa?semua novel buat saya rambang mata. Tak tahu nak pilih mana?” Danial Aisar menyatakan kebingungan dalam pemilihan novel yang dia ingini kerana ternyata novel Kaki Novel kali ini memang hebat kerana penulisnya memang hebat.

“ Oh, macam itu.. saya boleh tolong awak untuk memilih yang mana patut awak beli, ok ?” Aku menghulur senyuman yang manis pada Danial Aisar. Aku rasa bersungguh-sungguh nak nak tolong dia. Lagipun aku tolong dia dengan ikhlas.

Aku tengok Irdina Btrisyia sungguh-sungguh nak tolong aku, jadinya aku iyakan sahaja dengan pertolongan dia. Lantas dia menyarankan aku memilih novel Hatimu Milikku dan Pemilik hati kerana dua-dua penulis tersebut mempunyai kelebihan dalam mengolah ayat dalam penulisan.


**************

Setelah beberapa episode aku dan Irdina Batrisyia berjumpa dan saling membantu bila ada masalah serta pada hari ini aku di kejutkan dengan pengakuan Irdina Batrisia yang mengatakan bahawa dia jatuh cinta padaku. Ya Allah aku dah tak tahu nak cakap apa sebab aku tak  ada sekelumit perasaan pun dekat dia. Aku hanya anggap dia kawan sahaja, tak lebih daripada itu.

“ Awak, saya.. saya.. sebenarnya suka dekat awak. Dah lama saya suka awak sebab awak memenuhi lelaki idaman saya. Lagipun puitis awak membuat saya tenang dan dapat menghilangkan masalah saya” Kata Irdina Batrisia dengan malu tapi berani meluahkan setelah kena desak oleh kawan baik dia, Wawa. Kalau tak memang dia akan pendam perasaan ini lama-lama.
 
 “ eh awak suke saya ye..jangan la suke saya.saya nie jahat tau..” Memang aku terkejut dengan luahan perasaan Irdina Batriyia. Aku tak sangke, sebab itu aku cakap aku jahat. Rasanya aku memang jahat pun.

 “yup, saya suka awak.. kenapa saya tak boleh suka awak ke? Saya tahu awk memang jahat. Tapi saya dah  jatuh hati dengan awak dengan kata-kata manis awk itu” Ucap Irdina Batrisyia  tanpa malu dan tanpa berselindung kerana aku tak sanggup  nak pendam  perasaan ini. Baut sesak jiwa aku sahaja, yang aku tahu aku dah tak mampu nak tahan perasaan ini lagi.

“Erm… tak tahu la nak cakap apa dengan awak.. awak ini degil sanagt. Kenapa  tak dengar cakap saya, tahu tak saya takut sangat, takut akan luka kan hati awak yang suci murni ini. Hati awak terlalu suci” Ucap Danial Asrai dengan sunnguh dan memang dia tak tahu nak cakap dengan Irdina Batrsiyia kerana ternyata gadis itu amat degil dan dia tak nak hati gadis itu terluka kerana dia tak yakin nak bercinta buat masa sekarang.

“ Ermm yelah... tapi saya tetap akan berusaha untuk  untuk buat awak terjatuh hati dekat saya. Saya yakin awak akan jatuh cinta pada saya juga” ucap Irdina Batrisyia dengan yakin. Pada masa itu, hati Danial Asrai aku akan pegang dan tak lepas buat selama-lamanya. Aku berjanji.

“ Suka hati awak lah… saya dah cakap awal-awal pasal hal ini. Sekiranya, hati awak sakit . maafkan saya sebab saya tak niat nak buat macam itu dan saya nak cakap bahawa hati saya milik Allah.

Setelah pertemuan tersebut, macam-macam Irdina Batrsyia cuba buat supaya Danial Arsai jatuh hati dia sampai sanggup berguru dengan Wawa, tetapi Wawa pulak gelakan dia. Tahulah dia ini tak pandai mengayat macam Wawa tapi janganlah perli dia,malu tau.

“ Wawa, tolong aku la beb.. macam mana aku nak pikat si mamat itu. Aku dah buat banyak cara untuk pikat dia tapi tak jalan juga. Aku dah tahu nak buat apa, tolong lah beb” Irdina Batrisyia hampir putus asa untuk pikat lelaki pujaan dia sebab Danial Arsri bijak mengelak dan selalu tak on facebook. Aku berasa hampa sangat. Tak kan kerana luahan hati aku, dia terus senyap.

“ Irdina, hurmm… apa kata kau pergi masak dan hantar dekat dia. Mana tahu dia cair dekat kau. Tapi kalu dia tolak, kau kena terima ye. Anggaplah ini dugaan dan mungkin dapat yang terbaik dari dia. Ok” Nasihat Wawa yang tak pernah putus sejak aku luahkan perasaan dekat Danial.

“ Ok. Ini yang terakhir aku janji ye… kalau dia tolak kali ini, aku akan dia kawan sahaja ok” Lafaz kata dengan sungguh-sungguh sebab aku dah berjanji  ini yang terakhir dan aku anggap ini hanya mimpi aku yang akan hilang bila aku bangun tidur nanti.

Hari ini aku akan berjumpa dengan Irdina Batrisyia baut kali berapa pun aku pun tak tahu tapi aku melihat kesungguhan dia dalam dalam buat aku jatuh hati dekat dia tetapi usaha dia sia-sia sebab aku tak layan sangat. Hari ini aku jumpa kerana dia dah merayu sanagt nak jumpa dia. Tak apa lah aku aok sahaja dengan hal ini. Aku hanya mampu berdoa dia dapat lelaki yang lebih baik dari aku.

“ assalamualaikum..  hai awak?dah lama tunggu?” ucap riang dari Irdina Batrsyia. Aku Nampak dia macam mengalamun sahaja sebabtu aku main terjah sahaja. Aku terus letak bekas makanan atas meja dan mula membukanya.

“walakumsalam.. hai…saya baru sahaja sampai. Awk bawa apa ini?makanan ke?maafkan saya tak boleh makan saya puasa..maaf ye” kata Danial Aisar dengan sopan dan berhati-hati supaya Irdina tidak terasa pada ucapan dia tadi. Tapi memang dia puasa pun, memang tidak di nafikan lagi.

“oh yeke..maafkan saya ye..saya tak tahu” ucap Irdina dengan kecewanya dan agak sebak bila Danial Asrai bila menolak makanan yang di bawa oleh dia tadi.

“ hurm..maaf lah… saya rasa baik kita jadi kawan sahaja, rasanya itu yang terbaik untuk kita dan lupakan pasal hal itu, anggap ini Cuma mainan perasaan sahaja. Lagipun awak berhak untuk mendapat lelaki yang terbaik dari saya.” Ucap Danial Aisar dengan penuh menghara dan dia tak sanggup untuk mendera persaan gadis itu. Dia merasakan gadis itu dah terseksa dengan layanan yang tak endah itu serta dia tak mampu nak jaga perasaan gadis itu.

“ Hurm..itulah saya nak cakap tadi..kalau macam itu, saya terima kita jadi kawan. Harap kita dapat berkawan sampai bila-bila. Nanti kalau seru awak dah sampai jangan lupa jemput saya ye” Irdina Batsryia bercakap dengan riang kerana dia dah boleh terima kenyataan bahawa hati lelaki itu bukan untuk dia. Dia ikhlas relakan lelaki itu pergi.

“ Ok… insya'Allah. Awk pun sama juga, jangan lupa jemput ye”Aku mengucapkan kesyukuran.  akhirya Irdina Batrsyia dapat terima kenyataan. Alhamdulillah. Amin

Sejak hari itu aku dan Irdina Barisya menjadi kawan sama ada dekat luar atau dalam facebook. Pasal luahan perasaan itu, kami dah lupakan dan tidak mengingatinya lagi. Idrina Batrisyia akn berkahwin dengan seseorang yang di jumpai selepas bertemu dengan aku. Tak sangka kawan aku akan tamat zaman bujang tak lama lagi. Insya'Allah aku akan hadir kalau tak ada aral yang melintang kerana aku sekarang berada di luar negara untuk belayar ke seluruh dunia dengan menaiki Cruise. Mungkin aku akan menemui pemilik hati aku kot. Doakan sahaja lah ye..hihi


6 comments:

  1. weiii...cun la cite ko piz. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha la ada upenye... tp da error word la..kne betol kan balik

      Delete
  2. huhuhuhu sweet lah jln cternya..nk copy hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sweet ye?? mcm mkn coklat cadbury x?? :P

      Delete