Syazril
Iswan seorang jejaka yang tampan dan bergaya serta mempunyai sifat yang
sempurna bagi seorang lelaki yangg diidamkan oleh perempuan-perempuan
di luar sana. Dia adalah seorang anak usahawan yang menjadi kegilaan
ramai pekerja di cawangan syarikat keluarga dia , Syazril Iswan seorang
yang baik hati ,peramah,bertanggungjawab dan tidak pernah meninggalkan
solat 5 waktu sehari semalam tapi hobinya tiada seorang pun tahu kerana
dia selalu sibuk dengan kerja pejabatnya. Selain itu, Syazril Iswan
adalah anak bongsu kepada Datuk Samad iaitu ahli usahawan mempunyai
rangkaian makanan sejuk beku yang terkenal dan Berjaya di Malaysia.
Syazril
Iswan mempuyai perwatakkan yang unik iaitu seorang yang cintakan alam
semulajadi kerana alam semulajadi yang mengajar dia sesuatu yang
bernilai selain memberi semangat kepadanya kerana kehijauan pokok,rumput
dan lain-lain yang berhijauan memberikan kesegaran pada dirinya dan
warna kebiruan memberi ketenangan padanya. Maka dia telah mngambil cuti
selama sebulan untuk melancong dari mengrehatkan diri dari masalah
pejabat sambil mencari pengalaman yang belum dia temui. Sebelum Syazril
Iswan bercuti, Datuk Samad ada bertanya kepada anaknya tentang percutian
yang di rancang oleh anak bongsu beliau.
“
Syaz, papa nak tanya ini. Jadi ke kamu nak bercuti selama sebulan? ”
kata Datuk Samad selepas mesyuarat mingguan yang di diadakan pada hari
itu. Mesyuarat tersebut memang tiap-tiap minggu Datuk Samad buat supaya
beliau tahu tentang perkembangan syarikat yang di uruskan oleh anak
bongsu beliau. Bukan tak percaya Cuma kurang yakin sahaja.
“
Jadi papa, Syaz memang dah plan untuk bercuti selepas projek Tempeh
Goreng dah selesai. Syaz dah lama la papa tak bercuti so bagilah anak
papa bercuti sebelum nak tumpukan projek rangkaian makanan dari syarikat
pihak kita dengan Syarikat Arina itu.” kata Syaz sambil membayangkan
seorang gadis yang bernama Arina yang mempunyai jawatan tertinggi dalam
syarikat tersebut tapi itu Cuma angan-angan sahaja sebab Arina sekarang
sudah bertunang dengan Mikail Arshad seorang anak jutawan yang paling
top di Malaysia dan tidak lama lagi akan mendirikan masjid. Syaz
cepat-cepat tepis bayangan Arina kerana tak nak hal tersebut akan
menghilangakan mood dia yang tengah berseronok nak bercuti. Itulah bila
si Arina single, kau tak nak mengayat sekarang ini kau hanya mampu
tengok jelah… hahaha.
“ Ok, kalau dah macam itu keputusan Syaz. Papa luluskan permohonan cuti kamu itu. Ingat Cuma sebulan sahaja cuti tak boleh lebih. Kalau nak lebih boleh, sila cepat-cepat cari calon la ye ” Datuk Samad berkata dengan nada tegas sambil mengusik anak teruna beliau. Bukan apa, pernah dahulu si Syaz ini tipu beliau dengan isterinya dengan berkata dia akan pulang ke Malaysia dalam tempoh sebulan tetapi penantian mereka sia-sia sebab Syazril Iswan tak balik seperti di harapkan. Tiba-tiba si Syaz ini dalam masa enam bulan baru muncul dan pada masa itu seluruh keluarga Datuk Samad terkejut. Nasib baik Datuk Samad ini takada sakit jantung, kalau tak dah lama jalan kot. Alasan si Syaz dia pergi melancong di Benua Amerika. Ala yangada hutan Amazon itu. Memang si Syaz ini tak da perasaan betul la..sanggup buat macam itu dekat kelaurga dia. ( adik2, jangan ikut sikap Syaz ye..tak patut- patut…ish.ish..ank siapa la ini).
“
Erk.. papa ini ke situ pulak kalau ada jodoh mai dan dah sampai seru
baru Syaz kahwin papa, tak perlu tergesa-gesa lah papa, syaz masih muda
dan nak bersukaria dulu. Apa kes papa kahwin awal-awal ini ” Kata Syaz
dengan riak bangga. Ala papa ini, aku masih muda ini tak kan nak kahwin
awal kot. Lagipun ada lagi cita-cita aku yang belum tercapai lagi iaitu
buka galeri gambar yang bertemakan panaorama alam sekitar. Bila nak buka
galeri itu tak tahu. Syaz bermonolog sendiri.
“
Kamu ini, papa dah tak tahu lah nak cakap apa lagi. Suka hati kamulah
nak buat apa-apa pun janji jangan jadi bujang lapok sudah lah. Eh kamu
pilih tempat mana kamu bercuti ini? Dalam Negara atau Luar Negara? ”Kata
Datuk Samad dengan rasa nak ketawa bila tengok muka anak bongsu beliau
kalau sebut pasal kahwin pasti akan mengelak atas sebab masih muda lah
dan sebagainya. Dah hampir muak bila dengar si Syaz bagi jawapan kepada
dia dan isteri, bukan apa umur Syazril Iswan dah nak masuk 27 tahun tapi
belum ada calon. Mana Datuk Samad dan isteri tak risau. Beliau dan
isteri hanya mampu berdoa sahaja supaya hati anak bongsunya terbuka
untuk kahwin.
“
Syaz pilih dalam Negara la papa, malas nak ke luar Negara sebab
passport Syaz masih belum di perbahrui lagi. Syaz pilih Negeri Pahang
untuk percutian kali ini ” Syazril Iswan berkata dengan lembut. Ada
sebab dia pilih Negeri Pahang kerana ada banyak tempat menarik untuk
menghayati alam semulajadi ditambah dengan untuk dapat elakan kesibukan
di pejabat. Selain itu, mungkin dia dapat ihlam untuk menjalankan misi
dia iaitu mencukupkan koleksi gambar tentang panorama alam semula jadi
yang di sukai.
Datuk
Samad terus menanggukkan kepala dan terus meninggalkan Syaz dalam bilik
mesyuarat kerana dia ada temu janji dengan Datuk Majid utuk bermain
golf. Manakala, Syaz meneruskan kerja yang tergendala sebab mesyuarat
tersebut dan di tambah Datuk Samad datang ke bilik untuk menanyakan
percutian kali ini. Pada minggu ini, Syaril Iswan dah niat untuk
menghabiskan kerja yang tertunggak sebelum dia bercuti kerana dia tak
nak masa dia bercuti dia ingat akan kerja-kerja pejabat.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Hari
ini hari yang di tunggu oleh Syazril Iswan kerana hari ini dia mula
bercuti. Sebelum dia bercuti dia telah mencari maklumat tentang tempat
yang ingin dia lewati masa bercuti ini. Maka dia telah memilih Pulau
Tioman sebagai destinasi pilihan pertama dia. Dia telah menyewa sebuah
chalet di Berjaya Tioman Resort yang berdekat dengan pantai yang
cantik. Selepas itu, Syazril Iswan telah mengambil gambar dari dasar
laut dengan cara menyelam ke dasar laut, dia berasa teruja ketika
menyelam ke dasar laut kerana macam- macam jenis kehidupan dia jumpa dan
berasa bersyukur atas kebesaran Allah. Keesokan harinya, dia telah ke
pantai untuk melihat matahari terbenam. Dia tak ingin melepaskan
peluang ini sebab peluang ini bukan senang dia dapat melihat kerana di
Kuala Lumpur amat jarang sekali dapat tengok matahari terbenam. Dia
tidak melepaskan peluang untuk menangkap gambar matahari terbenam dengan
menggunakan kemera kesayangan dia iaitu DSLR Canon yang dia beli
ketika dia belajar di London. Ketika dia sedang khusyuk menangkap
gambar matahari terbenam, dia termelihat seseorang yang juga mempunyai
minat yang sama dengan beliau. Syazril Iswan telah mendekati perempuan
tersebut.
“
Hai, awak suka ambik gambar ke? ” soal Syazril Iswan dengan
mermahatikan gelagat perempuan yang khusyuk menangkap gambar teletah
kanak-kanak yang tengah main air di gerigi air pantai. Syazril Iswan
menilai perempuan tersebuat itu dengan tajam. Seorang yang perempuan
yang lasak, lincah, mempunyai muka yang lembut, seorang yang ranggi
walaupun dia memakai tudung ala- ala Dian Pelangi. Nampak comel pulak
hati Syazril Iswan bermonolog sendiri.
“
Assalamuilakum, Awak ini siapa ye?…maafkan saya bertanya macam itu
sebab saya tak akan jawab pertanyaan orang lain kalau orang itu saya tak
kenal ” Fea Ameera jawab denagn sopan walaupun dalam hati dia masih
dengan rasa terkejut dengan teguran Syazril Iswan yang secara tiba-tiba.
Fea Ameera melihat Syazril seorang lelaki yang kacak dan bergaya
walaupun mengenakan seluar pendek yang separas lutut dan berbaju Polo.
Cair Fea Ameera di buatnya. Ini kalau jadi suami aku, gerenti aku tak
akan keluar rumah untuk sebulan. Fea Ameera bermonolog sendiri dengan
membayangkan kalau Syazril Iswan itu suami dia. Tiba-tiba Fea Ameera
tersedar dan cepat- cepat tepis semua bayangan itu.
“
Walaikumsalam, saya Syazril Iswan. Awak pulak siapa nama? ”;Syazril
Iswan bercakap dengan tenang walaupun dia gugup ketika berhadapan dengan
Fea Ameera.
“
Saya Fea Ameera, saya akan jawab soalan pertama Encik Syazril Iswan
tadi. Saya suka ambik gambar kerana setiap gambar mempunyai cerita
masing-masing. Encik Syazril Iswan pun suka ambik gambar juga ke? ”
jawab Fea Ameera yang berasa segan pula ketika berhadapan dengan Syazril
Iswan walaupun dia sudah banyak kali berhadapan pelanggan yang
berjantina lelaki tetapi dengan Syazril Iswan dia berasa malu sangat.
Fea Ameera melihat kemera DSLR Canon yang tergantung di leher Syazril
Iswan.
“
Ya, saya suka mengambil gambar tapi gambar yang berunsurkan alam semula
jadi sebab saya minat alam semula jadi. Hrm..awak tak payah panggil
saya Encik, awak boleh panggil Syaz sahaja. Saya panggil awk Fea boleh
tak? ” Syazril Iswan menjawab dengan penuh yakin pada masa yang sama
hati dia berasa berdebar-debar pulak ketika melihat muka comel Fea
Ameera dan dia tidak suka Fea Ameera panggil dia dengan gelaran Encik
sebab sekarang ini bukan pejabat tapi di tepi pantai yang indah sambil
menyaksikan matahari terbenam.
Fea
Ameera terus mengangguk kepala menandakan dia bersetuju dengan penyatan
Syazril Iswan panggil dia Fea kerana nama tesebut terlihat agak mesra.
Mereka menghayati keindahan dengan matahari terbenam sambil bercerita
tentang kisah mereka. Rupanya, Fea Ameera adalah seorang pereka iklan
disyarikat yang terkenal di ibu kota. Setelah beberapa hari di Pulau
Tioman, Syazril Iswan telah check in keluar dari chalet untuk ke tempat
yang seterusya iaitu di Ladang Teh yang terletak di Cameron Highlands.
Dia telah mengajak Fea Ameera untuk mengikuti dia untuk percutian yang
seterusya. Fea Ameera terus bersetuju kerana tugasan dia dekat Pulau
Tioman telah selesai dan dia telah memohon cuti pada bosnya dengan
mengatakan bahawa dia perlukan cuti sebelum mula bekerja untuk siapkan
projek dia yang sedang menanti di syarikat yang Fea Ameera bekerja.
Di
Cameron Highlands, Syazril Iswan dan Fea Ameera telah telah sewa hotel
yang berdekatan dengan Ladang Teh Boh yang di mana menjadi salah satu
produk Teh yang terkenal di Malaysia. Syazril Iswan dan Fea Ameera
tidak ketinggalan untuk menikmati air teh yang di hasilkan oleh ladang
teh tersebut. Teh yang di minum oleh Syazril Iswan dan Fea Ameera amat
sedap dan panas, sesesuai dengan cuaca di ladang tersebut sejuk dan
nyaman dengan aroma Nasi Lemak, membuat mereka rasa lapar, lalau mereka
makn nasi lemak tersebut. Setelah menghayati air teh yang di hidangkan
oleh pihak Ladang teh. Syazril Iswan terus mengajak Fea Ameera untuk
menangkap gambar suasana Ladang Teh yang masih sejuk dan nyaman. Syazril
Iswan berasa seronok dan puas hati dengan gambar yang di tangkap oleh
dia. Syazril Iswan juga tidak melepaskan peluang juga dengan menangkap
gambar Fea Ameera yang sedang khusyuk menghayati suasana ladang
tersebut. Syazril Iswan tersenyum melihat keletah Fea Ameera yang comel
macam tak pernah melihat suasana tersebut.
Ketika menghayati suasana pagi diladang Teh boh yang sejuk dan nyaman tiba-tiba Syazril Iswan berkata-kata manis tanpa dia sedari...Fea Ameera khusyuk memandang suasana kawasan lading tersebut tiba-tiba tersentak mendengar puisi yang dikatakan oleh syazril Iswan..
Ketika menghayati suasana pagi diladang Teh boh yang sejuk dan nyaman tiba-tiba Syazril Iswan berkata-kata manis tanpa dia sedari...Fea Ameera khusyuk memandang suasana kawasan lading tersebut tiba-tiba tersentak mendengar puisi yang dikatakan oleh syazril Iswan..
indahnya mentari pagi
mentari yang cantik berseri
berseri ada teman disisi
bagaikan sinar baru dalam diri
membuatku tesenyum sendiri
dengan keindahan diri oleh Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
bertemankan dengan kekasih hati yang ku sayangi..
dengan tak berkata apa Fea tersenyum dengan kata-kata terakhir syaz.. bagaikan berbunga-bunga hati fea bersama syaz..dalam hati fea berkata “kalaulah syaz luahkan isi hatinya pada aku ,gerenti aku terimanya seadanya” Fea Ameera bermonolog sendiri sambil mengalamun sampai syaz panggil pun tak dengar..
“
Fea, awak rasa seronok ke? Syaz nampak awak macam teruja sahaja”
Syazril Iswan berkata dengan berjalan mendekati Fea Ameera sambil kemera
kesayangan dia masuk ke dalam beg khas yang telah di sediakan.
“
Hurm… memang Fea teruja sangat dengan suasana dekat sini, suasana yang
sejuk dan nyaman buat Fea tak nak balik ke Kuala Lumpur terasa nak duduk
sini sahaja” Fea Ameera menjawab dengan perasaan malu kerana keletah
dia yang sedang menghayati suasana di ladang Teh tersebut telah di
lihat oleh Syazril Iswan.
“
Kalau macam itu Fea kahwin dengan pemilik Ladang Teh dekat sini
sahajalah kalau tak nak balik Kuala Lumpur, hari-hari boleh pergi ke
sini dengan percuma . tak ada siapa nak halang Fea.” kata Syazril Iswan
dengan nada mengusik Fea Ameera tapi dia tengok Fea Ameera telah
memuncungkan mulut dia, dah macam boleh ikat dengan tali getah nasi
lemak yang mereka makan tadi. Hahaha
“
Syaz ini, nak kena tau dengan Fea.. tak nak kawan lah macam ini ” Fea
Ameera berasa geram denagn usikan Syazril Iswan, lalu dia cubit lengan
Syazril Iswan dengan kuat.Fea berasa puas hati lalu memandang Syazril
Iswan yang meraba-raba lengan dia dan ada niat nak balas cubitan Fea
Ameera. Fea Ameera terus lari meninggalkan Syazril Iswan dengan sekuat
hati. Mereka pun main kejar-kejar ala-ala Hindustan di Ladang Teh tanpa
menghiraukan pandangan orang lain yang penting mereka berasa seronok
dan gembira. Selepas itu, mereka pergi ke Ladang Strewberri dan Ladang
Tebuan untuk membeli buah tangan untuk ahli keluarga mereka.
Setelah
dua minggu berada di Cameron Highlands, Syazril Iswan dan Fea Ameera
terus kan pejalanan ke Sungai Perting Fall atau Lata Hammers untuk
melengkapkan percutian yang terakhir yang hampir habis ini. Di sini
mereka mangambil meredah hutan iaitu Jungle Terkking kerana mereka
hendak mengambil gambar sepesis Flora dan Fauna untuk di jadikan koleksi
mereka. Syazril Iswan dan Fea Ameera berasa puas kerana dapat
melengkapkan koleksi mereka dan juga percutian mereka kali ini. Mereka
berasa gembira kerana dapat bercuti tanpa ganguan panggilan kerja.
“
Fea, Syaz rasa gembira dengan percutian kali ini sebab dapat merehatkan
minda syaz yang dah lama rosak dengan tugasan kerja yang tidak berhenti
sejak Syaz mula bekerja di syarikat keluarga Syaz ” Syazril Iswan
berkata denagn puas hati sebab matlamat dia bercuti telah tercapai iaitu
merehatakan minda tanpa ada ganguan oleh siapa.
“
Fea pun sama dengan Syaz berasa gembira sangat-sangat. Ini percutian
yang paling Fea akan ingat sampai bila-bila” Fea berkata denagn gembira.
Daia memang gembira sebab dia dapat jumpa dengan Syazril Iswan . adakah
dia dah jatuh cinta dekat Syazril Iswan? Ya, memang tidak di nafikan
lagi dia memang dah jatuh cinta dekat Syazril Iswan tapi dia malu nak
menyatakan perasaan dia kepada Syazril Iswan. Adakah Syazril Iswan
mempunyai persaan yang sama denagn dia. Dia mengeluh.
“
Fea, kenapa ini?kenapa mengeluh? ” Tanya Syazril Iswan dengan rasa
bimbang. Yelah mana tahu Fea Ameera rasa tak selesa dengan dia ke.
Sebenarnya Syazril Iswan sudah mula jatuh cinta dekat Fea Ameera Cuma
dia tak tahu nak nyatakan macam mana sebab dia tak pernah bercinta ini
kali pertama dia merasa debaran jatuh cinta.
“
Tak ada apa-apalah Syaz, Fea rasa sedih sahaja lepas ini kita akan
berpisah. Ikut haluan masing-masing. Fea harap lepas ini, kita dapat
berjumpa lagi ” Fea Ameera berkata dengan nada berharap supaya Syazril
Iswan faham dengan kehendak dia. Fea Ameera faham akan percaturan jodoh
ini, Bak kata orang kalau dah jodoh, tak kan mana dia pergi insyallah.
“
Fea, jangan rasa sedih ea, nanti kita boleh berhubung dekat facebook.
Fea nanti bagilah nama facebook Fea dekat Syaz ye ” Syazril Iswan faham
dengan perasaan Fea Ameera sebab dia pun merasa apa yang Fea Ameera
rasa. Harap lepas ini dia dapat bertemu kembali dengan Fea Ameera.
Insyallah
“
Ok, Fea tak akan sedih ok. Syaz jangan mungkir janji dan jangan lupa
tau add Fea dekat facebook ” Fea Ameera berkata dengan riangnya. Dia
amat pasti yang Syazril Iswan tak akan mungkir janji.
Syazril
Iswan menanggukkan kepala seraya mengajak Fea Ameera untuk mengemas
barang mereka dekat chalet untuk pulang setelah hamapir sebulan dia
bercuti. Selepas ini, dia akan fokus pada kerja yang sedang menunggu di
syarikat dia tersebut. Dia pun tak tahu bila akan bercuti lagi. Mungkin
pada masa bulan madu dia nanti. Syazril Iswan tersenyum.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Setahun
berlalu, Syazril Iswan dan Fea Ameera telah membuka galeri mereka yang
pertama di Kuala Lumpur, di mana gambar-gambar mereka ambik pada bercuti
di Negeri Pahang antara yang buat koleksi telah di pamerkan di sini
untuk tatapan umum. Mereka berasa bangga hajat mereka telah tercapai dan
pada masa yang sama mereka telah berkahwin. Harapan Datuk Samad dan
isteru tercapai bila anak bogsunya menyatakan dia ingin berkahwin. Nak
tahu tak macam mana mereka berkahwin. Jomm roll tv sekejap.
SEBELUM SETAHUN
Syazril
Iswan telah bertekad hendak berjumpa keluarga Fea Ameera untuk meminta
izin untuk berkahwin denagn anak gadis mereka dan keluarga Fea Ameera
telah mengizinkan Syazril Iswan untuk berkahwin. Dari situ, Syazril
telah membuat plan untuk melamar Fea Ameera dengan bantuan kawan baik
Mikail Arshad iaitu Ariee. Ariee mencadangkan Syazril Iswan supaya
memasak untuk menunjuk kan keikhlasan kepada Fea Ameera. Syazril Iswan
pun mengikut idea yang di sarankan oleh Ariee. Dia pun masak dan nasib
baik Syazril Iswan mempunyai skill memasak semasa di London dan
meletakkan cincin perkahwinan itu dalam makanan yang di masak. Ternyata
idea Ariee tercapai juga kerana Fea Ameera berasa terharu dan dia
bersetuju dengan lamaran Syazril Iswan serta Fea Ameera rasa terharu
sangat dengan usaha Syazril Iswan.
Alhamdullah
Syazril Iswan dan Fea Ameera telah menjalani kehidupan yang bahagia
dengan kehadiran anak kembar enam yang diberi nama oleh Liya sepupu Fea
Ameera serta rezeki mereka melimpah ruah apabila salah satu gamabr
mereka tercalon dalam pesta gambar Antarabangsa di Jordan. Pada masa
yang sama, mereka teruskan hobi mereka denagn mengambil gambar suasana
alam semula jadi. Mereka berasa bersyukur dengan rahmat yang di beri
oleh Allah.
Indahnya alam semula jadi yang KAU berikan
Indahnya ciptaanMU di seluruh dunia
Indahnya kecantikan alam flora dan fauna
Indahnya dunia yang KAU berikan pada manusia
Kecantikan kehidupan kehijauan menbuat ku terpukau
Terpukau kerana keunikan ciptaan Allah
ku bersyukur kerana dilahirkan diatas bumi ini
Dapat melihat kecantikan alam ini
Awan, langit,air,tanah,bukit bakau,gunung ganang mempunyai sifatnya tersendiri
Setiap hari ia menjalankan tugasnya yang Allah tetapkan
Keunikan alam semulajadi boleh mehilangkan masalah,kemurungan
Kesibukkan dan lain-lain.
Kehijauan boleh melambangkan kesan semulajadi pada diri, kesegaran,menwujudkan Kesimbangan emosi dan kejiwaan
Biru yang harmoni ,kebenaran ,tenang,dingin rasa tenteram ,hening dan nyaman apabila memandang langit yang kebiruan.
Apabila
melihat melihat fajar terbenam ia bagaikan memberi impak bertenaga
,cergas,mesra dan kreatif memberi aura positif,senang ,gembira dan penuh
Tenaga mampu mengurangakanresi ataupun tekanan ..semua masalah atau kesulitan dalam diri akan hilang melihat kejinggaannya itu..
Bila
fajar mentari pagi mebuatku ingin melakukan kehidupan baru dan ingin
mencintai alam semesta kerana keindahan,kecantikannya dan keunikkan
membuat ku hargainya..dengan penuh kasih sayang..
Cintai alam sangat unik dalam diri ini...
Psst..Salam.... nie frist cerpen saya dengan akak saya... bace then sila komen ye pendapatan anda semua
Psst..Salam.... nie frist cerpen saya dengan akak saya... bace then sila komen ye pendapatan anda semua
CREATED BY : NURUL ARINA SAYUTHI & HAFIZ WLEO ( 8/06/12 ON 1.20 PAGI)
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIK GALAH TOLONG JOLOKKAN,
KAMI BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH TOLONG AJARKAN dan tolong tunjukkan ..
:)
kami amat alu2 kan komen yang mebina dari anda semua... :)
jln cerita ade, just gunakan proper words utk olah cerita.. mcm "syarikat keluarga dia" better tukar kepada syarikat keluarganya.. ade a fews lg la.. try check balik ye... n klu boleh, jln cerita tu biar tersusun... ikut plot.. pengenalan, klimaks, penguraian, ending.. tu menampakkan lg jln cerita yg menarik... anyway, nice try for the first attempt~
ReplyDeleteterima kasih ..insyaallah saya n akak sy akan perbaiki lagi... terima kasih sekali lagi beri komen.. :)
Deleteadik.. point n jln cerite de.. tatabahasa n ayat still kne adjust.. plot cerite kene lbh tersusun .........k? hehe insyaallah pasti akn dpt hasil terbaik nnti...... cayok2.....huhu
ReplyDeletetrm ksh akak.. insyaallah akan diperbaiki.. sokong okey.. :)
Delete