Saturday 22 June 2013

Tiada yang sempurna

Hidup nie tak akan sempurna kalau tiada seseorang disisi tapi hidup tak akan lengkap tiada Allah disisi.Setiap orang beza daya pemikiran terletak pada diri masing-masing..

“Hoi haiqal!?kau tak ada kerja lain ke asyik buli orang je?cari la kerja yang berfaedah sikit,nie tak suka sangat cari pasal betul la kau nie!. Aku rasa mesti mak kau menyesal lahirkan ko kat dunia nie,nak tahu nape??sebab ko tu anak yang bermasalah dan tak kenang budi..hahahaha…

Celaka punya Aiman!!! Kau kata dekat aku,yang kau tu apa kurangnya asyik ikut bontot aku je,lagi tak ada faedah..haishh… nak kata kat aku pun tengok diri ko dulu..kang tak pasal-pasal kau kena makan pelempang aku malam nie,baru kau tahu sapa haiqal!!

Hehehe… rilex la haiqal,aku saja je nak bergurau dengan kau.. aku tengok kau nie macam budak baik tapi asal kau suka buli orang??

Hmm… nanti kau tahu la nape aku macam nie… sudah buat homework bagi siap dulu.. kang tak boleh buli pulak…kalau asyik sembang dengan kau sampai esok lusa pun tak habis…

Aiman tabik hormat dekat haiqal… baik bos.. arahan diterima…mereka ketawa bahak-bahak…hahahahaahahaha..

Haiqal dan Aiman masih belajar dan tahun nie mereka menduduki peperiksaan yang paling besar dan menentukan masa depan.. haiqal seorang yang nakal tapi memikirkan masa depan dia dan kawan-kawannya.. Haiqal dan Aiman selalu lepak atau study di atas pokok tempat khas mereka berjumpa ..

Haiqal ummi kau tahu tak apa buat hari-hari kat sini?

Hurm .. tak tahu pun..aku dengan ummi dah tak rapat macam dulu sejak ummi kahwin lain… ummi selalu berikan perhatian pada anak-anak tiri dia,aku dia abaikan tapi aku tak kisah sebab aku ada Allah disisi dan dihati,..

Huh … sedih jugak aku dengar kisah family kau.. kau nie kuat semangat dan tabah la.. kau tak cemburu ke??aku tengok kau rilex je?..

Man..kalau di ikut kan hati memang la aku cemburu,aku pun anak ummi jugak..tak adil ummi pilih kasih.. kadang-kadang nak je aku luahkan pada ummi tapi aku tengok dia bahgia je dengan anak tiri dia.,xyak sanggup nak lukakan hati ummi..apa-apa pun aku redha dan terima apa yang terjadi dalam hidup aku nie.. aku tak jadi anak derhaka..kite sebagai anak kite doakan mereka supaya dilindungi Allah,walaupun dia tak ingat kita yang masih ada anak lagi seorang..

Betul cakap kau..aku sokong,seburuk-buruk mana pun ibu kite…dia tetap ibu kandungkan kite kerana dialah kite lahir diatas muka bumi ciptaan Illahi… kite hargai walau pun terluka kan?

Haa tahu tak ape…. Kita redha saje,mungkin ada hikmah sebalik apa yang jadi dalam hidup kita..

Betul.. betul.. betul.. bak kata kembar upin ipin..

Ish kau nie banyak tanya betul la.. aku sekeh jugak kan kepala kau tu… dah la tak siap lagi kerja kau tu…hishh budak nie… bila nak Berjaya asyik sembang je!!

Ala kau nie aku prihatin dengan kau pun tak boleh…

Tak payah nak prihatin sangat lah ..kau jaga diri kau sudah!

Yelah …abang haiqal ku…

Di sekolah haiqal dan aiman suka kacau orang makan..di kantin da saje mangsa mereka…selalu meraka buli budak junior..tiap-tiap hari suruh budak junior belanja diorang..walaupun diorang kaki buli ,diorang tak pernah pukul junior malah menolong budak-budak junior kalau da masalah… pelik tapi itu hakikatnya…masih da sifat belas kasihan..

Di kantin haiqal pergi dekat seorang budak ,tengok gaya macam anak orang kaya,tapi belagak nak mampus..haiqal ada idea ,lalu pergi dekat budak tu… elok budak tu nak minum ..haiqal mengambil minum tu terus minum tanpa menghiraukan budak tu…

Hoi!! kau apasal ambil minuman aku!

Oppss.. Sorry aku tak sengaja…aku haus sangat tak sempat nak beli…

Kau memang cari nahas dengan aku kan?kau tahu aku sape?

Sapa kau??aku tak tahu pun…setahu aku kau manusia bukan haiwan atau tumbuhan…

Kau memang kurang ajar !! kau nak tahu sapa aku?? Aku Haris Iqbal anak Dato Hassan ! kau salah orang la nak cari pasal…kau trengok nanti apa aku buat!!

Huhuhu.. takutnye aku…seram sejuk aku… macam baru jumpa hantu sundal bolong… haiqal buat muka takut siap dengan reaksi sekali… seluruh budak-budak yang ada di kantin ketawa…

Haris bangun..haris tersepak kaki haiqal..lalu jatuh ke longkang..habis bajunya kotor…Haris semakin panas,marah dengan haiqal.. dalam hatinya ..aku akan balas dendam haiqal..kau dah memalukan aku depan semua orang…

Dah jom kita belah dari sini!! Geng haris turut je bontot haris… haris fikir kan macam mana nak balas dendam pada haiqal..

Bye…bye… anak Dato Hassan.. nanti I bayar balik minuman nie ! itu pun kalau i ingat…hahaha.. oh sebelum aku lupa maaf aku tak sengaja bagi kau jatuh…

Setelah haiqal buli anak Dato Hassan..loceng pun berbunyi menandakan waktu rehat sudah pun tamat .semua pelajar masuk kelas masing-masing kecuali haiqal..dia tak suka masuk kelas sejarah sebab membosankan dengar cikgu bebel dekat depan cerita pasal sejarah nie.. walaupun kita kena tahu…

Aiman! Mana kawan kamu seorang tu??apa nama dia??

Haiqal cikgu!? Haiqal,entah la cikgu tadi dia ada dekat belakang..tiba-tiba dia halimunan…

Haiqal…haiqal kalau iya pun tak suka sejarah jangan la ponteng kelas… kalau tak suka dengar tidur ja dalam kelas cikgu tak marah…hmm tak apa la aiman nanti cakap dekat haiqal cikgu nak jumpa dia selepas sekolah…

Baiklah cikgu,nanti saya sampaikan..ada apa-apa lagi cikgu??

Tak apa-apa ,kamu bole duduk..

Cikgu!

Ada apa aiman??

Saya nak tidur boleh??cikgu cakap kalau tak nak dengar cikgu berleter kat depan tidur?

Ish kamu nie aiman ..cikgu luku kepala kamu kang baru tahu..lau tak nak dengar pergi tidur dekat belakang..

Cikgu zara terus mengajar sejarah tanpa pedulikan aiman dan haiqal,cikgu sangat sporting.. dia tahu bukan senang nak mengajar anak-anak muridnya perlu ada cara untuk mernarik minat meraka…haiqal tanpa membuang masa dia pergi ke library seperti biasa..disitu tempat dia melepak..melepak dia pun berfaedah kadang-kadang dia menolong cikgu susun buku di rak yang tersedia…sambil meniti tangga da sekumpulan pelajar ingin ke library ..dia seperti biasa dahulukan perempuan dulu..

Sara mamat belakang ko tu comel lah.. aku dah jatuh hati dekat dia…mesti dia senior kita..walaupun selekeh tak menarik minat tapi dia comel la sara…

Hmm kau nie anis kalau boleh satu sekolah ko nak cakap semua laki comel ,jatuh hati berbagai…menyampah aku..err~

Alahai ko pusing belakang tengok comel ke tak…nie belum tengok lagi dah cakap macam tu..

Ish .. yelah aku tengok…

Sara pun menoleh belakang sambil meniti tangga terakhir…dan tiba-tiba sara hilang imbangan lalu jatuh tangga nasib baik haiqal sempat menarik tangan sara dan sara berada dalam pangkuan haiqal..kawan-kawan sara menjerit kerana takut..

Anis tanya sara ko okey tak sara??sara??

Haiqal melihat sara tanpa kata apa-apa…haiqal pun memulakan bicara …

Ooiiiii… ko okey tak nie!!!???kawan ko tanya tu??
Oiiii ………bangun la dari dunia khayalan ko tu…ko tu dah la berat…ishh
Hoiiiii budak!!!

Sara terkejut dengan jeritan yang bingit ditelinga dia…

Hah?? saya okey! Terima kassih selamatkan saya.. kalau tak mungkin saya ada di hospital sekarang… sara menahan malu sebab mengelamun di pangkuaan haiqal…

Hmm tak ape lain kali jalan tu tengok depan,jangan asyik sembang je sampai tumpuan berjalan pun boleh hilang… tu la perempuan asyik tahu bergosip saja…

Ni lagi satu sampai bila nak ada dalam pangkuan saya nie??

Hah?! Maaf…maaf…maaf.. saya tak sengaja….

Sara pun meleraikan pelukkan .. haiqal meninggalkan mereka disitu tanpa berkata apa-apa….sara rasa dia berada disebuah tempat yang indah bersama haiqal…sara mengelamun seorang2….

Di library sara memerhatikan haiqal yang khusyuk membaca novel.. haiqal mula perasaan da seseorang yang melihat dirinya…dia rasa tak senang duduk…dia pun berpusing muka mengadap dinding… haiqal paling tak suka perempuan melihatnya…macam tak betul saja…dalam fikiran haiqal “Ya Allah cepakanlah loceng bunyi,hambamu nie tak sanggup menahan malu dari kaum hawa yang sedang memerhati diriku,aku lemah Ya Allah”

Kringggg… kringgggg… kringggg….

Tiba-tiba lonceng bunyi..aiman pun muncul dihadapan library …

Hah nasib baik ko muncul aiman !kalau tak alamatnya aku duk sini je selagi budak-budak junior tu tak keluar…

Kenapa dengan budak junior pulak??

Nantilah aku cerita dekat kau..eh cikgu zara da cakap apa-apa tak??

Ada… cikgu zara suruh jumpa dia dekat bilik guru sekarang…dia nak cakap apa ntah..

Ha ape tunggu lagi..jom ar…. Tak boleh aku duk lama-lama kat sini..boleh mati kutu aku…

Hahahaha …kau nie dengan junior pun ko lemah ke??

Haiqal tak hiraukan apa yang dikatakan dari aiman,dia menuju bilik guru jumpa cikgu zara..

Assalamualaikum cikgu! Cikgu nak jumpa saya ke?

Waalaikummussalam .hah iqal memang cikgu nak jumpa kamu… kenapa tak masuk kelas sejarah tadi??kamu tahukan minggu depan dah nak exam??

Hmm..cikgu saya bukan tak nak masuk cuba saya bila dengar dan bace tentang sejarah saya mengantuk…lau buku lain tak xpe sejarah nie ntah la..mengantok sakan..

Tak apa la iqal..nie da kertas soalan SPM tahun yang lepas,kamu buat dan kaji lepas tu esok kamu edarkan dekat kawan sekelas okey??

Haiqal pun mengambil kertas soalan tu..
Baik cikgu…balik kejab lagi saya kaji dan selidik apa yang akan keluar ..ada apa-apa tak lagi cikgu??kalau tak ada saya nak beredar balik dah..sian aiman tunggu diluar..

Tak ada apa,kamu boleh balik sekarang,.

Okay cikgu ..terima kasih ..haiqal melemparkan senyum manis pada cikgu zara…

Aduhhhhh …eh sapa plak langgar aq nie!!buta ke ape!

Maaf.. maaf..saya tak sengaja..

Lah kamu nie lagi…hmm xpela..tepi sikit saya nak lalu..

Oh!ye? maaf..maaf..

Kalau tengok saya pun jangan la halang jalan saya ye awk??

Sara malu sipu dengan teguran haiqal.. cikgu zara memerhati je gerak geri sara…..
cikgu zara pun menegur…

Hai ! adik dah jatuh cinta ke dengan budak tu??

Eh!tak adalah akak…

Eleh! Iyelah tu adik akak seorang nie…bagi tahu papa..

Kakak nie jangan lah..adik mana da jatuh cinta sekolah pun tak habis lagi ..mana boleh cinta..
Kalau akak lain la..dah da kerjaya..adik ape la ada kan..

Ala-ala adik akak nie lau merajuk no 1...kalah akak…dah jom balik..

Cikgu zara ialah akak kepada sara…dia mengambil keputusan untuk mengajar sekolah berhampiran dengan keluarganya.. sebab sudah lama merantau negeri orang..sampai masanya balik di negeri sendiri…. Bak kata pepatah melayu hujan emas di negeri orang,,,hujan batu di negeri sendiri.. dimana kita lahir disitulah kita akan pulang….

Sudah 6 tahun berlalu…kini haiqal sudah menamatkan pengajian saujana muda Business Management di University Teknologi Malaysia (UTM) setelah tamat pengajian dia mengambil alih syarikat papa kandungnya yang sudah meninggal 2tahun lepas akibat kanser hati..haiqal melihat langit seperti mahu menangis tapi tidak jadi.Hanya mendung menghiasi dadanya..bayu pagi berhembus malas bagai turut sama menghantar ucap takziah. Seperti warna langit yang kesedihan, jiwa raga haiqal juga dipalu gundah. Dia masih tak percaya apa yang berlaku terhadap dirinya terlalu pantas untuk dia terima dengan hati terbuka..

Haiii temenung jauh nampak??? Teringat cinta hati ke??aiman berkata pada haiqal kawan karibnya sejak dibangku sekolah lagi …dimana da haiqal disitu da aiman naufal..macam isi dan kuku tak boleh dipisah..

Hah?! Tak ada la aiman… ko nie cakap tak tengok kiri kanan,,terus je kan??? Ko pun tahu aku macam mana…nak tengok mata perempuan pun takut…nie nak ada cinta hati??sampai ke tua la aku xda cinta hati man..

Hahaha… aku gurau je qal… dah la jom kita pergi lunch ..perut aku dah lapar giler..beberapa saat lagi kalau aku tak makan alamatnya kau kena hantar aku pergi tanjung rambutan la sebab dah nak giler…haha

Hahahaha…ko nie kan ada je … jab aku nak kemas barang atas meja nie ..

Selepas haiqal mengemas meja,mereka pun berlalu pergi ke station one yang berhampiran dengan syarikat arwah ayahnya… ketika hendak melitas jalan…

Kedebummmmm….haiqal jatuh..sebuah kereta melanggarnya ..

Aiman menjerit…haiqal!!!! Aiman pergi dekat haiqal..

Iqal kau okey x??da luka x??teruk x??tertalu-talu soalan aiman ke haiqal..

Aku…aku…aku okey kot..

Iqal kepala kau..

Kenapa dengan kepala aku man??

Ada darah la….

Hah???!!
Seorang perempuan menghampiri mereka..menanyakan pada haiqal..

Awakk….awakkk..awakkk …… okey x???

Eh!!! Ko memang tak Nampak eh kepala dia darah??!!ko nie bawak kereta tengok depan ke x???ke ko rabun???haishhh panas aku…kata aiman pada perempuan tu…

Ermm…..saya…ermm…saya…. tak sengaja nak langgar dia.. jom naik kereta saya bawak pergi klinik..saya bayar kos perubatan encik!

Haiqal tidak hiraukan aiman dan perempuan tu…dia berlalu pergi meninggalkan mereka berdua…hmm bertengkar lah kamu berdua,aku nak pergi klinik depan tu..malas aku layan…haiqal berkata dalam hatinya….tapi suara perempuan tu teriang-riang di telinga haiqal..macam pernah dengar suara tu…haiqal berada di alam maya berjiwakan fantasi tanpa hiraukan doctor didepannya yang sedang bercakap..

Encik haiqal??? Encik haiqal??? Ooooo encik haiqal hakimi bin dato kamal???? Mengelamun pun si mamat nie !!kang aku jerit baru tahu…tunggu kau..berangan sangat…doctor nisa pergi ke depan…hampiri telinga haiqal… dan memanggil…haiqal!!!!!!!!!!!sedarlah…dengan terkejut hailing berpaling bibir haiqal terkena pipi doctor nisa….doktor nisa tergamam apa yang baku…macam terkena kejutan elektrik!.....haiqal terbangun dari kerusi…meninggal kan doctor nisa sendirian dalam bilik rawatan…

Ape lah nasib malang aku hari ni…dah kena langgar,lepas tu boleh pulak berangan sampai tercium doctor tu… malu aku…nak letak mana la muka aku nie…haishhhh..

Beberapa minggu kemudian…haiqal meniti tangga untuk ke seven eleven untuk membeli aiskrim … belum sempat nak naik anak tangga kedua…haiqal menyambut seorang perempuan jatuh dari tangga….mereka bertentangan mata seolah-olah sudah lama mengenali tapi tak serapat yang disangkakan…mereka berada di alam lain yang orang lain tidak dapat bayangkan..lama mereka berpelukkan ..bunyi satu suara menyapa mereka…

Hai.. brooo kalau nak romantic pun dekat rumah la..bukan dekat tempat umum….apa orang kata nanti. Mereka tersedar dari khayalann….

Eh …awak tak apa-apa ke??lain kali tengok tangga ,bukan tengok handphone…kan dah jatuh!!

Emmm saya…saya… taka pa-apa awak… eh macam saya pernah jumpa….tapi kat mana ye.??apasal la aku gagap bila jumpa dia??hati sara berkata..

Ouh ?!! iyeke? Entah saya pun tahu… but the way saya haiqal hakimi…

Ooo ..haiqal hakimi… macam pernah dengar… saya sara natasya.. Nice to meet you…

Me to.. haiqal melemparkan senyuman manis.. sara seperti di awan-awangan…. Sara seperti teringat masa disekolah yang pernah diselamatkan oleh senior ..dan dia tanyakan nama haiqal pada kakaknya…

Akak ape nama senior tu??

Kenapa??berkenan ke??dia bijak orangnya walaupun suka ponteng kelas akak…result dia gempak… solat tak pernah tinggal..akak selalu tengok dia dengan kawan baik dia dekat surau sebelum balik…

Yeke akak?? Tak ada la sara tanya je…sebab tadi dia selamatkan sara…

Hah?selamatkan sara dari apa???

Tadi sara hamper jatuh tangga!..

Biar betul adik??adik taka pa-apa ke?

Adik tak apa-apa..Nasib da dia..lau tak adik dekat hospital dah..

Hmm adik nie,,, lain kali hati-hati!!!Nama dia haiqal hakimi…sara teringat kenangan lalu..

Sejak kejadian tu haiqal dengan sara semakin rapat … semakin mesra… haiqal mengambil keputusan untuk berkahwin dengan sara...Walaupun kenal tak lama tapi ia menyakinkan haiqal mengahwini sara… haiqal rancang untuk bercuti di langkawi bersama aiman dan sara…dan boleh berfikir macam mana nak melamar sara…mereka bersiar-siar di tepi pantai sambil menghayati pemandangan waktu senja..di kepala otak haiqal duk fikir macam mana nak lamar sara…ahh bantai je lah..

Sara cantik kan pemandangan waktu senja?

Yup…cantik sangat…

Sara…. Iqal benda nak cakap…

Apa??sara menanti kata-kata haiqal..
Haikal melutut sambil mengeluarkan sekuntum bunga mawar putih berikan pada sara sambil mengata kata puitis

Indahnya diwaktu senja,
Membuat hatiku damai bersamamu,
Ingin dihati,inginkan dikau selalu disisiku..
Sehidup semati bersamaku..
Sudikah tuan puteri menjadi pedampingku??

Dan aiman menyalakan lilin di pasir yang seharian haiqal dan aiman buat untuk sara.. yang tulis “ I Love You” dan haiqal berkata sudikah bidadari menjadi pemaisuri dihatiku yang kecil nie?sara tergamam dan tak percaya apa yang dilihat olehnya… lelaki yang selamatkan dibangku sekolah melamarnya..sara tersenyum dan angguk terima lamaran haiqal…dengan gembira haiqal dan aiman ..seperti mendapat cabutan bertuah,,,tahniah haiqal!!tak sia-sia ape kau buat nie…aku happy untuk kau…. Terima kasih man..kalau kau tak ada tak menjadi semua nie…

Keesokkan hari mereka ingin pulang ke kuala lumpur untuk siapkan persaipan perkahwinan sara dan haiqal… dalam perjalanan haiqal melihat ada gerai ditepi jalan menjual air kelapa..haiqal berhenti…melintas jalan untuk menyeberangi sebelah sana…

Haiqal!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!kereta di depan!!!haiqal paling tak sempat mengelak .haiqal melambung atas kereta…. Kereta dengan laju langgar haiqal… Sara terkejut dan trauma apa yang dia lihat…yang sebentar lagi haiqal akan menjadi suaminya kemalangan.. mereka dengan pantas mendapati haiqal yang terlantar di jalan raya..

Haiqal!!haiqal!! bangun..kau dengar tak!aku panggil nie…

Man??......haiqal dengan perlahan-lahan memejam mata…

Iqal kau bertahan..Ambulance dah datang…

Ninoninoninonino……

Hahahahahahahahahahahahahaha…… padan muka kau!! Ni lah balasan pada kau memalukan aku masa sekolah dulu..puas hati aku!!! Kau belum kenal aku lagi…

Kringg…kring…kringggggggggg…

Hello…nie rumah Haiqal Hakimi bin Dato Kamal??
Ye..nie rumahnya,,ada apa ye..?

Anak puan kemalangan jalan raya ..sekarang dia berada di Medical Center Alor star…

Ohh..okey terima kasih beritahu…

Haiqal …haiqal kau nie kalau tak bawak masalah tak boleh duduk ke??haishh lantak kau lah…malas aku ambik kisah… getus puan halimah ibu tiri haiqal..sejak papa haiqal mengahwini puan halimah ….sedikit pun puan halimah tunjukkan kasih sayang pada haiqal…malah selalu memarahi haiqal.. selalu dipinggirkan… dan sebab itu lah haiqal memutuskan hendak berdikari tanpa bantuan papanya…

Di hospital sara diam seribu bahasa,,tak sepatah pun berbicara… aiman kehulu…kehilir risaukan haiqal..doktor keluar dari bilik rawatan..doktor macam man dengan haiqal.. encik haiqal stabil.. cuba buat masa sekarang dia tak sedarkan diri,..Alhamdullilah …terima kasih doctor …boleh saya masuk? Boleh tapi jangan terlalu lama sebab dia perlukan rehat..okey..

Aiman dan sara menanti haiqal sedar… hampir pukul 10 malam haiqal tak sedar-sedar… terus menunggu dan menunggu.. tiada reaksi apa-apa… aiman keluar jumpa doktoe..sara terus disamping haiqal…sambil memegang tangan haiqal…

Awak.. sedarlah…awak jangan tinggal saya disini seorang-seorang…saya takut…. Awak sedar lah… awak tak sayang saya ke??... mengalir airmata sara….

Pintu bilik terbuka doctor nisa datang… dan terus memeluk haiqal…sara tergamam…dan tanya sapa nisa…..

Awak nie sapa??!!

Saya?? Saya nisa isteri haiqal! Haiqal tak beri tahu awak ke???

Isteri!!??sara terus keluar meninggalkan haiqal terbaring dikatil bersama nisa yang menemani haiqal……

Sara!!!sara!! aiman memanggil sara ..sara membawa hati yang terluka..lari terus lari…sampai awak tipu saya haiqal… sampai hati….sara menangis teresak-esak…

Nisa mengambil phonenya lalu mesej pada haris… ‘sayang..i dah buat apa yang u nak..so mana upah i?

Thank you dear…malam nanti I transfer rm50000 dalam akaun you.. love you sayang…

Maafkan I haiqal…I buat macam nie untuk dapatkan u…u dah ambil hati masa di klinik i..i xnak sapa pun miliki u.. nisa mencium dahi haiqal…sebelum dia beredar…

Aiman masuk bilik terkejut dengan perempuan yang tidak dikenali… eh ko buat ape dalam bilik nie???

Kau tak perlu tahu sapa aku…k lah aku banyak kerja nak buat…bye…

Cehhh!!perempuan murahan..!sindir aiman pada nisa…

Sudah pukul 3pagi ..haiqal belum sedar… aiman tidur di sisi haiqal… tangan haiqal gerak-gerak.. aiman terjaga..

Haiqal??kau dah sedar???syukur alhamdullilah….ermm man aku dekat mana nie??ko dekat hospital..pagi tadi kau excident…mana sara???sara mana??dia tak teman aku??sara aku tak tahu..tadi aku tengok dia melulu keluar panggilpun tak sahut…kau rehat la…esok kau call dia..

Keesokkan hari haiqal call ,mesej satu pun tak terbalas… man kenapa sara tak angkat call,malah mesej pun tak reply!apa yang terjadi semalam???hmm aku pun tak tahu!ha semalam ada seorang perempuan tapi aku tak tahu sapa..mungkin dia cakap sesuatu kot dekat sara..hmm apa la nasib aku man??ada ummi tapi macam tak da ummi..salah ke dia anggap aku macam anak dia…langsung tak jenguk aku..sabar la,insyaAllah nanti terbuka la pintu hati ummi untuk terima kau..sampai bila harus aku sabar man??sampai kita tak ada didunia nie…ermm

Haiqal menuli diary yang dari bangku sekolah lagi dia meluahkan isi hatinya…

26/6/2012

Hatiku kecewa,bidadari meninggalku tanpa sebarang kata-kata…hancur hati ini diperlakukan begitu..hina kah aku dimatanya..sayang dimanakah kau??kenapa kau pergi begitu saja setelah hatiku kau tawan? Kembalikanlah dalam pangkuan aku..aku amat merinduimu… bukankah kau berjanji inginsusah senang bersamaku…kenapa sayang??kenapa???? hanya kau dalam hatiku… bukan niat aku menipu kau…aku buat semua ni kerana tak mahu kau lihat aku dari segi kekayaan… tapi lihat aku dari segi keimanan…kembalilah padaku…(HH).

Sara melakukan kerja seperti biasa tapi hatinya amat merindui haiqal… semasa sara menuruni tangga sara nampak kelibat nisa bersama seorang lelaki…tapi bukan haiqal..sapa lelaki tu?!sara ekori,mereka masuk sebuah restoran dan berbicarakan tentang haiqal…
Tahniah u.. misi balas dendam u dah Berjaya.sampai haiqal masuk hospital…nasib tak mati…lau x melepas I nak jadi isteri dia… Tapi tahniah untuk dear jugak sebab dapat miliki si haiqal… sian perempuan tu..sanggup u mengaku u isteri haiqal….hahaha…so funny…sara telah mendengar semuanya…dia rasa bersalah pada haiqal..pergi tanpa alasan..

Haiqal dah tiga bulan tidak ke office..kerja-kerjanya aiman yang tolong selesaikan…haiqal masih duduk di kerusi roda..kakinya tak berfungsi..dia pasrah dan sedih tak besemangat lagi untuk hidup…semuanya hancur selepas sara meninggalkan dirinya begitu saja…

Sara mendail number lalu menelefon aiman…tutttt…tutttt..tutt… hello assalamualaikum..nie sape??waalaikummussalam…aiman nie sara…oo sara…..hah sara???eh kau kat mana??kenapa kau hilang tanpa da berita apa2.??nanti lah aku ceritakan..haiqal sihat???hmm kita jumpa la…senang sikit nak bercerita…okey dekat mana… station one dekat dengan office haiqal..okey lunch nanti kita jumpa..okey bye

Waktu lunch aiman dan sara berjumpa..dan menceritakan semua…sara sempat rakam perbualan haris dan nisa…ohhh macam tu..tapi sian dekat haiqal..dia dah pasrah dengan hidup dia..dia lumpuh tapi masih ada peluang untuk pulih… semangatdia dah hilang puas aku pujuk…tapi macam tu jugak…ermm xpe la dia kat mana sekarang…dekat rumah..jom aku bawak kau jumpa dia…sara angguk saja..mereka berlalu pergi…

Jauh temenung??? Sara menutupi mata haiqal…

Eh sapa nie?!hai tak kan dah lupa saya…

Haiqal paling kebelakang.. sara!??????

Ye!!sara…

Hmm..sara buat apa kat sini??pergi lah balik..haiqal tak macam dulu lagi…haiqal dah cacat..dah tak boleh jalan..dah tak boleh bahagiakan sara…

Syhhhhh…jari sara menutup bibir haiqal…haiqal terkelu…sapa cakap awak tak boleh jalan?awak boleh jalan..awak perlukan sokongan…

Hmm.. sokongan saya dah hilang…sejak awak pergi…sekarang awak datang balik..

Saya datang balik untuk tunaikan janji-janji saya pada awak..menjadi pendamping awak..

Sara sanggup ke jaga saya dengan keadaan macam nie?
Sanggup jika haiqal berikan sara peluang untuk buktikan…

Hmmm..sudahlah sara..pergi lah balik..haiqal tak nak susahkan sara…

Panggggg…sebijik penampar hinggap dipipi haiqal…

Adoi!!!kenapa tampar saya!!

Sebab degil sangat…errr…sara tak nak dengar apa2 lagi.. sara akan jaga haiqal sampai nyawa sara tiada dalam jasad…faham???Allah ciptakan kita bukan untuk putus ase untuk teruskan hidup…Allah suruh kita bangkit dan teruskan kan perjuangan kita kejalannya…nie baru kena tinggal dah putus ase…sebab tu lah orang cakap…jangan cinta manusia melebihi cinta padaNYA..nie la akibatnya hidup tak ada arah tuju!!macam nie ke nak jadi pemimpin??ketua keluarga?? Encik haiqal hakimi bin Dato Kamal macam nie ke nak jadi imam sara nanti??sara taknak imam sara putus ase bila ada masalah…dengar tak???

Ha sekali sara mengeluarkan kata-kata terdiam terus haiqal..tu la main-main lagi…haiqal dari terdiam dengar kata sara,,,lalu bibirnya mula meminta maaf…

Sara terima kasih terima haiqal yang tak semperna nie….awak dalamdunia tiada yang sempurna… yang penting kita bersyukur ada apa dengan diri kita…awak kena ingat dimata Allah semuanya sama..tiada pilh kasih..faham…!!Ye..saya faham…

Haris dan nisa ditangkap polis selepas aiman menyerahkan video yang dirakam oleh sara kerana bersubahat kerana ingin mencederakan haiqal..akhirnya haiqal dan sara mencari kebahagian dalam keredhaan Illahi bersama..

Aku tak akan lepaskan kau haiqal!!!aku akan balas dendam lepas aku keluar…kau tunggu haiqal…haris ppendam perasaannya untuk balas dendam….aku akan balas dendampada kau …hahaha

Sara selalu disamping haiqal..dan haiqal kembali pulih seperti sedia kala…akhirnya mereka menjadi sepasang suami isteri yang sah…

Terima kasih sayang…terima seadanya abang,,,

Sama-sama abang…sayang harap kita kekal sampai akhir hayat… insyaAllah ..aaminnn…

p/s : maaf lah kalau tak menarik...hafiz buat xda perasaan nie...xtau best ke x...buat je.... selamat mbace...ape2 komen anda diterima..

Sunday 3 February 2013

CINTA 3i (islam,iman,ihsan)


OLEH : ZIFIZ & FIKA NAJWA



          Aku seorang pemuda kacukan melayu dan mat saleh..hehe.Ibuku berasal dari Australia dan memeluk Islam setelah bertemu ayahku.Aku dari kecil telah di ajar dan diterap dalam diriku tentang ajaran agama islam dalam kehidupan seharian kami sekeluarga berlandaskan islam sehingga aku dewasa,berkat ajaran orang tuaku kini aku bergelar seorang doctor.Boleh dikatakan aku doktor yang serba serbi boleh bukan kerja sebagai doktor yang aku jawat,model,utaz,cikgu pun aku lakukan.Aku memang suka mencuba pelbagai-bagai perkerjaan,berkongsi ilmu.Masa lapangku banyak melakukan aktiviti di rumah kebajikan tak kira rumah kanak-kanak kurang upaya,anak-anak yatim atau rumah orang-orang tua.

Kini aku dan ayah baru setahun menetap di tanah air ayah iaitu Malyasia,kerana ayah menjalankan perniagaan  import dan export sejak ibuku meninggal.

Suasana di KLIA sesak dan penuh dengan manusia.Aku tersenyum sedikit melihat karenah orang di KLIA.Dalam dia ingin menolak trolinya telefon bimbitku berbunyi tertera ‘AYAH’ di skrin telefonku,tanpa menunggu deringan lagi punat hijau di telefonku.

“Assalamualaikum…yah?Ayah apa khabar?”Tanya Amsyar pada bapanya.

“Waalaikumusalam Syar.”

“Syar dah sampai ke?”

         “Syar dah sampai ayah,takpe nanti Syar ambik teksi je dari sini.Syar tak nak susahkan ayah,Syar tahu ayah sibuk time puncak ini.” 

Dalam leka aku berbual di telefon,aku mengaduh kesakitan.

“Aushh…Astaqfirullah al azim “ Amsyar mengaduh sedikit.

“Alhamdulilah” detik hatinya.

Aku memandang seorang perempuan di hadapannya.Yea perempuan ini yang telah melanggarnya dengan troli baru sebentar tadi.Aku memandang ke arah gadis yang melanggarku, melihat gadis yang melanggarku kelam kabut ingin menolong,dengan selamba si gadis itu memegang tanganku dan menelek-nelek tangan,mungkin gadis di hadapanku risau jika ada luka di tangan.

“Ehemm….Assalamualaikum Cik tak elok seorang perempuan yang beragama islam bersentuhan dengan lelaki yang bukan muhrimnya.Berdosa hukumnya Cik.”aku menegur dengan sopan.Aku melihat gadis di hadapan,mengeleng kepalaku melihat cara pakaian gadis yang melanggarku,seperti tidak cukup kain.

“Oh…maaf encik saya tak sengaja sentuh encik tadi.Uurmm…encik nie asal dari mana?Fasih encik berbahasa melayu,saya ingat encik orang putih tadi.” Gadis di hadapannya mengubah topik,kerana malu terlanggar aku.

“Encik bagi salam tadi kat saya,encik ini beragama Islam ke?” Tanya si gadis itu pada aku lagi.

Aku tersenyum dan mengangguk kepalanya tanda aku menyiakan yang aku beragama islam.

“Cik..saya minta diri dulu sebab masih ada urusan yang perlu saya selesaikan lagi.Insyallah kalau ada jodoh kita pasti akan bertemu lagi dan masa itu saya janji akan jawab semua pertanyaan dari Cik.” 

Baru aku melangkah,aku berhenti dan berpusing ke arah gadis yang masih setia memandangnya.Aku tersenyum menampakkan baris giginya yang putih dan teratur.

“Cik…lain kali kalau tengah bercakap di handphone sambil berjalan menolak troli jangan lupa pandang kiri kanan,depan belakang ye.Nasib Cik langgar saya kalau dengan orang lain mesti orang yang Cik langgar tu dah jampi seranah kat Cik tadi.Okeylah saya minta diri dulu,jaga diri.Assalamualaikum.”

Berkerut dahi gadis yang melanggar aku  tadi.Dia jadi hairan dan pelik.Dengan perlahan-lahan si gadis menjawab salam yang di berikanku tadi.

“Kring….kring….”

Deringan telefon bimbitnya  menghentikan lamunan aku tentang kejadian yang berlaku di Airport KLIA.Aku tersenyum dan mengaru kepalanya yang tidak gatal bila aku terkenang gadis yang melanggarku tempohari.

********
 Suasana yang sibuk di klink Permata Hati yang di miliki 3 orang sahabat iaitu Aku,Ariff dan Emylia sejak kami tamat pengajian lagi mula berdiri megah dengan usaha dan titik peluk kami bertiga membangunkan klinik tersebut.Didikan  agama Islam yang diterap di dalam diriku dan rakan-rakannya kini menjalankan operasi klinik berlandaskan Islam,jika ada pesakit lelaki Aku dan Ariff .Manakala Emylia pula akan merawat pesakit perempuan.

“Am aku rasa kita kena cari seorang Doktor lagi umtuk bantu Emylia.Aku kesian tengok Emylia tu semua pesakit perempuan dan kanak-kanak perempuan dia yang handle.Aku tengok pun dia dah makin kurus dah.” Ariff berseloroh.

Amsyar tersenyum manis.”Yup,aku pun kesian tengok si Emylia tu,dulu badan dia berisi sikit sekarang dah bettambah kurus aku nampak dia,kang tak pasal-pasal kita kena jawab dengan mama si Emylia tu pulak nanti.maklumlah Emylia tu kan anak kesayangan mama dia.”

“Aku bukan tak nak cari Doktor lagi satu lagi yang boleh riangkan kerja-kerja Emylia,kita kena ambil langkah berjaga-jaga dan kita kena berbincang jugak dengan Kementerian Kesihatan, tu semua penting.Bukan apa aku takut nanti yang datang interview tu dari yang tak bertauliah sekarang ini banyak penyamaran.” Tambah aku pada Ariff.

”Betul apa yang kau cakap tu Am,Aku sokong kau,bro,Nanti boleh kita jumpa ayah kau.Amacam?”

“Kau ini Riff,aku belum beri kata putus lagi pada ayah aku.Tak naklah aku ,aku tak habis fikir lagi.”

“Alaihai kau tak nak Am.Jangan nanti tetiba kau terlekat nanti baru kau tahu.”

“Aku No Comment tu semua kuasa Allah kalau ada jodoh aku dengan si dia dan memang tertulis di luf mahfuz jodoh aku antara dia aku terima dengan hati yang terbuka.” Jawab aku tenang.

“Amin aku sebagai sahabat klau yang paling rapat aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau,Am”

*****
Ketika Aku dan Ariff rancak bersembang.Ada satu suara di kaunter pendaftaran yang bertingkah dengan jururawat.Aku dan Ariff saling berpandangan antara satu sama lain dan bangun menujuk ke kaunter pendaftaran.

“Assalamualaikum Saudari,boleh saya bantu?” Aku memberi salam kepada pesakit yang masuk ke klinik dan sedang bertingkah dengan jurawat.Gadis tersebut membelangkaingiku dan Ariff.

“Waalaikumusalam..Haaa bagus lah kalau dah datang nak tolong !” gadis itu segera menoleh kebelakang.Aku melihat mata gadis tersebut bulat tanpa terkelip memandang aku.

“Aaawwaakk… ini yang saya langgar pakai troli tempoharikan.Hari tu encik pakai ala-ala bisnesman?Sekarang ini ala-ala Doktor pulak?Encik ini kerja apa sebenarnya?” Gadis itu bertanya bertubi-tubi tanpa aku sempat menjawab semua soalan yang di keluarkan untuk aku.

“Yea..sayalah orang yang Cik langgar masa kat airport tempohari?Kenapa pelik ke?Ini kenapa Cik marah-marah perkerja saya ada buat masalah ke dengan Cik ke?” 

“Tak adalah sebenarnya saya nak cepat,tapi giliran saya lambat sangat.Tak akan kat klinik encik ini ada seorang doktor je?Habis encik dan kawan encik ini bukan doktor ke?Atau saje-saje pakai pakaian ala-ala doktor ini?”Tebak gadis yang banyak bertanya dari mendengar jawapan dari kami. 

“Maaf Cik atas kesulitan yang Cik hadapi di klinik kami ini,sebenarnya kat klinik ini ada 3 orang doctor saja iaitu saya,doctor Ariff dan doktor Emylia.Tapi pesakit perempuan akan di handle oleh doktor Emylia,kami mengikut rawatan yag berlandaskan islam.Maaf harap Cik bersabar dan faham tentang apa yang saya terangkan tadi.” Lembut aku  menerangkan pada gadis di hadapannya.

“Ok..Saya paham,tapi saya betul-betul kejar masa.Tak boleh ke encik je yang tolong rawat saya sekarang ini !” Tegas suara gadis itu meminta aku merawat dia sekarang.

“Hah ! Rawat awak? Boleh tapi dengan bantuan nurse saya?Sekarang cik boleh masuk ke bilik nombor satu.”aku cuba bertenang dengan permintaannya.

“Hah..kalau macam ini jawab dari tadi takde lah saya buat kecoh kat sini.” Gadis itu berkata perlahan tapi masih boleh di dengar oleh aku dan Ariff.

Ariff memandang Amsyar masuk ke bilik di ikuti oleh gadis yang kecoh tadi.Ariff tertawa perlahan melihat pertapa pening rakannya melayan pesakit yang banyak mulut.

‘Am..am..habislah kau kawan,kena buli yang perempuan’ Hati Ariff bermonolog.

*******
 Klinik Permata Hati ditutup awal hari ini di sebabkan aku dan Ariff ada temujanji dengan Dr.Farid untuk bertanyakan tentang Dr yang ingin berkhidmat di klink mereka nanti.

“Macam mana Dr.Farid dah dapat ke doktor yang nak bertugas di klinik kami nanti? Tanya Ariff.
“Ohh..pasal tu semua saya dah aturkan Dr.Ariff,jangan risau.”

Sedang mereka rancak berbual,tiba-tiba mereka terdengar ketukan di luar.


“Tuk ! Tuk !...”

“Pa…jom kita minum petang sama,sekarang El tengah free ini.Semua kerja El dah siap.” Elyana masuk tanpa sedar yang papanya ada tetamu di dalam.

“El mari sini sayang,papa nak kenalkan El pada tetamu papa.Sebelah kanan itu Dr Amsyar,sebelah kiri itu Dr Ariff.”

“Am..Ariff inilah anak Uncle yang selalu Uncle cerita itu,Elyana nama dia.”

“Ooopss…sorry papa El tak tahu yang papa ada tetamu.”Elyana yang terpandang dua tetamu papanya berkerut dahinya.Sekarang ini kerap benar aku tersempak dengan ‘mamat’ nie. Monolog hati Elyana.

“Ehh..kamu lagi?Nampaknya kita dah selalu berjumpa erkk !”

“Yea saya lagi Cik Elyana,Assalamualaikum.” aku memberi salam.

“Waalaikumusalam..” Elyana tersengih sendiri.Dia termalu dengan sikap dia.Sambil mengigit bibirnya.

“Pa..papa lambat lagi ke? Elyana menutup malunya dengan bertanyakan soalan pada papanya.

“Papa pun tak tahu lagi El.Apa kata El join sekali minum petang dengan papa.Sekali kita bincang pasal yang papa pernah usulkan pada El.”

“Hmm…rasa kami dah salah waktu ini Uncle Farid takpelah biar je lah Uncle keluar dengan anak Uncle.Rasa dia tak selesa kot kalau kami berdua join sama minum petang.” Tolak aku sambil mataku memandang ke arah Ariff meminta dia menyiakan.

“Eh…Am,Ariff anak uncle tak kisah pun.Lagi ramai lagi bagus dapatlah kita bertukar-tukar pandangan nanti.” cadang Dr.Farid.

“El..tak kisahkan kalau papa ajak Am dan Ariff join kita minum petang?” Soal Dr.Farid pada anaknya.Aku melihat jelas wajah anak Dr.Farid yang terperanjat bila papanya menyoal.

“Errr…El on je papa lagi ramai lagi meriah nanti.”balas spontan darinya.

Aku menjeling Ariff di sisi aku yang tersenyum nakal.

*****
Sejak perkenalan singkat antara aku dan Elyana ketika aku sering pergi ke office.Kini aku jadi semakin rapat denga Elyana.Dan atas bantuan Dr .Farid,kini klinik Permata Hati mendapat seorang lagi Doktor perempuan yang bernama Dr.Nadia.Dan Aku nampak Dr.Nadia mudah menyesuaikan dirinya dengan situasi di klinik kami bertiga,dia melakukan tugas-tugasnya merawat denagn amanah dan mengikut seperti apa yang mereka bertiga mahu iaitu mengikut landasan islam. 

“Dr.Nadia minat Dr.Amsyar ke?” tanya jururawat yang bertugas pada hari ini.

“Ehh..awak ini Noni memandai je main tebak.” Dr.Nadia menyangkal semua yang sememangnya kena pada dirinya.

“Saya rasa baik Dr.Nad lupakan je Dr.Am itu sebab dalam beberapa bulan ini saya nampak Dr.Am rapat dengan anak Dr.Farid yang nama dia Elyana.Sedapkan nama anak Dr.Farid tu sama cantik dan sama padan dengan Dr.Amsyar kita.” Seloroh Noni pada Dr.Nadia.

“Ini awak asyik bergosip tak ada kerja ke.?” Marah Dr.Nadia pada Noni tiba-tiba.Sakit hatinya bila mendengar Noni memuji Elyana bersama dengan Dr.Amsyar.Memang Nadia mengakui yang dia meminati perwatakan Dr.Amsyar yang lembut dan sopan bila berkelakuan di khlayak ramai.

Dah bermacam-macam cara yang dibuat Dr.Nadia untuk menarik perhatian Dr.Amsyar supaya tertarik padanya,tapi segala yang di racang dan hint yang diberi tak meninggalkan langsung di hati Dr.Amsyar.Masih tersemat di fikirannya kini ucapan dari D.Amsyar.

“Maaf Dr.Nad saya bukan tak tertarik pada awak.Awak sangat menarik sebagai perempuan di mata saya tapi hati saya masih tak terbuka lagi untuk memiliki hati seseorang yang saya anggap ‘special lagi’.Sekarang ini mencintai Allah lebih bermakna dari mencintai manusia,cinta manusia tiada berkesudahan tapi cinta illahi insyallah pasti mendapat ketenangan,keikhlasan,keredhannya.Biarlah pertemuan dan jodoh ditentukan oleh-NYA saya pasti apa yang DIA rancang untuk saya adalah yang terbaik.Kita hanya merancang tapi DIA yang menentukannya.”

“Alaaa…Dr.Nad ini tak sporting langsunglah macam Dr.Emylia.”lamunan Dr.Nadia terbang bagai angin lalu bila mendengar rungutan dari Noni.

“Tak ada,sekarang kamu pergi buat kerja kamu yang sepatutnya sama ada pesakit atau tak.”tegas Dr.Nadia pada Noni.

Noni yang mendengar arahan dari Dr.Nadia mencebikan bibirnya.

“Elehh…aku tahu kau minat dengan dr.Am tapi dr.Amsyar tak layan kau.Siapa yang tak terpikat dengan perwatakan Dr.Amsyar yang alim dan beruntung siapa yang dapat ‘bersuamikan’ Dr.Amsyar.Terjamin dunia dan akhirat kelak dengan bimbingannya. 

******
Pintu bilik aku terbuka dari luar.Aku mengeleng kepala melihat Ariff yang selamba duduk di hadapan kerusia yang tersedia di hadapanku.’Isshh..mamat ini tak ubah-ubah lagi kalau nak masuk terus mai serbu je tak bagi salam.’

“Assalamualaikum sahabat sejatiku.”

“Bro..kau perli aku erkk..maaf-maaf aku buat lagi.”

“Waalaikumusalam Dr.Amsyar.” Ariff tersengih macam kerang tak cukup tempat nak menyorok.
“Am kau tak jumpa buah hati ke?” hehe…


“Hahaha….apa yang kau merepek ini Riff,mana aku ada buah hati?Siapalah aku ini yang nak ada buah hati macam kau yang tercari-cari hati kau? Haha..Kalau kau nak tahu hari-hari aku jumpa buah hati aku dalam sujud 5 kali sehari bila aku jumpa buah hati aku tu aku rasa tenang.Kau kata aku je yang kau dah jumpa buah hati kau ke?

“Uikss..merendah diri lak ‘pak utaz’ ini,buat-buat tak tahu pulak.Siapa lagi kalau bukan El.Tolong sikit erkk kalau buah hati yang kau pergi jumpa 5 kali sehari tu aku pun ada kau je yang tak tahu.Lagi satu aku tak ada masa nak jeleous kat kau buang Karen aku je,yg tu selalu ada di hati aku.” Tambah Ariff.

‘Tau takpe..hanya dia tempat kita mengadu dan meluahankan perasaan kita.” Sampuk Amsyar lagi.
“Betul aku sokong 100%.” Mereka berdua berpandangan dan tertawa.

“Amboi…rancaknya berborak,cerita apa ini sampai Nad datang pun tak perasan.Sharelah la sikit cerita tu?” Dr.Nadia berseloroh.

“Hmm…tak payah Nad ini haaa tengah bercakap pasal buah hati Dr.Amsyar kita ini.Entah bilalah kita nak makan nasi minyak Dr.Amsyar ini rasa dia nak bujang samapi ke tua kot,terlalu memilih agaknya calon depan mata dah mai dia buat derk je !” Ariff menyakat rakannya.

“Betul kata Riff tu,calon dah ada depan mata tak nak tengok.Saya yang dah terpacak kat depan tak dia pandang nak cari yang jauh jugak” Dr.Nadia cuba berkias supaya Amsyar tahu isihatinya.

Aku sedikit terkejut dengan pengakuan berani dari Nadia.Tapi aku balas dengan senyuman yang manis tuk Nadia dan Ariff.Aku tahu mereka berdua saje mengusik dan menyakat aku.Aku macam biasa malas nak menjawab apa yang di katakana oleh Nadia dan Ariff hanya diam dan tersenyum.Dalam rancang mereka bertiga berborak ada suara memberi salam.

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumusalam” jawab mereka bertiga serentak.

“Rancak berbual sampai El datang Am,Riff dan Nadia tak perasan pun.”rajuk Elyana,dibuat mimik muka seakan-akan merajuk.

“Tak ada apa yang kami bualkan El,berbual kosong je sambil mengusik si Am ini.kami tanya dia samapai bila nak bujang,umur dia pun dah meningkat tapi tak kahwin-kahwin lagi.”

“A..ahh betul apa yang Riff  kata  tu.Haa Am sebenar tunggu siapa ini?Jangan kata kat El yang Am tengah tunggu bidadari syurga datang meminang kalau tunggu bidadaeri yang nak meminang alamatnya samapi berjanggut pun tak sampai-samapi jelmaan bidadari yang di tunggu tu.Atauuu…. Am tunggu Si Nadia ini masuk meminang…kan Riff? Sakat Elyana.

Dr.Nadia yang mendengar tersenyum malu.

“Tu Riff sokong El,entah-entah memang si Am ini memang tengah tunggu Dr.Nadia kita masuk meminang dia.”

“Dah-dah korang ini kalau dah bertemu mahu akau je yang kena usik ngan korang berdua,tu nasib Nad tak ikut sekali.Kalau aku kata memang aku tunggu bidadari syurga datang meminang aku macam mana?” soal Amsyar pada Elyana,Ariff dan Nadia.

“Am kau memilih sangatlah,buat apa kau tunggu bidadari yang tak kunjung tiba tu kalau dah ada seseorang kat depan ini.Aku pun naik binggung dengan kau ini entah apa yang kau cari pada seorang perempuan.?” Ariff menyoal Amsyar.

“Riff nak cari isteri kita harus memilih supaya kita tak menyesal di kemudian hari,bukan aku memilih aku sekarang ini sedang buat ujian dan menilai orang perempuan ini,aku kalau nak dalam diri bakal isteri atau bakal buah hati aku ada ciri-ciri 3i masa aku sunting dia nanti.” Terang Amsyar pada rakannya.

“3i?Apa benda tu Am?Cuba kau explain kat aku.”

“Tak nak aku nak explain sekarang kang tak menjadi pulak kalau 3i itu bocor.”

“Am kita nak pergi pukul berapa ini?” Elyana menyampuk.

“Astaqfirullah..maaf El hampir terlupa pulak Am ini.Jom kita gerak.” Elyana dan Amsyar bergerak meninggalkan Nadia dan Ariff yang masih setia memandang mereka.Belum sempat kaki Amsyar keluar dari bilik dia berpusing dan memandang Ariff.

‘Riff maaf kau tolong jaga Klinik ok,aku dan El nak pergi satu tempat kejap.Insyallah aku akan balik cepat,terima kasih Riff,Nad.Kami berdua pergi dulu,Assalamualaikum.”

“Kau tak payah risau ada aku dan Nad yang boleh tolong kau jaga Klinik.Okey je kalau lama-lama pun kami tak marah pergilah ‘dating’ kat sana.Waalaikumusalam.” jawab Ariff.

Nadia yang mendengar perkataan ‘dating’ yang disebut Ariff tadi semakin terbakar melihat kemesraan antara El dan Am.bagai ada satu suara di hati Nadia ketika ini untuk menghalang dan memusnahkan seseuatu agar dia dapat merampas Am kembali tanpa memandang Elyana lagi.

******

Di dalam kereta aku melihat Elyana diam sejak keluar dari Klinik Permata Hati.Aku memandang Elyana yang diam memandang pemandangan di luar.

“Hmm…El apa yang El pandang kat luar tu sampai senyap je ini,biasanya El yang paling banyak mulut bercakap itu ini.” Amsyar memecah kesunyian antara mereka berdua.

“Tak ada apalah.Dah tak ada benda yang El nak bualkan so El diam lah kang nanti kalau El merepek yang bukan-bukan takut terganggu pulak cara pemanduan Am.”

“Kenapa pulak kata macam tu? Bukan biasanya El ada je topik nak di bincangkan?Atau El tak bersedia lagi untuk pergi ke tempat yang Am nak bawak El?” Soal Amsyar pada Elyana.

“Eeehh.. taklah El yang sebenarnay takut kalau,mereka nak ke terima kedatangan El nanti?”

“Kenapa pulak mereka tak terima kedatangan El,Am yakin mereka semua pasti terima El macam mana mereka terima Am di sana.El jangan risau Am yakin El mesti suka datang kat sana nanti.” Amsyar menyakinkan Elyana.

Hampir setengah jam mereka di dalam kereta akhirnya sampai jua tempat yang mereka tuju iaitu Rumah Seri Cahaya.Aku memberhentikan kereta di lot parking yang telah tersediakan oleh Rumah Seri Cahaya untuk pelawat yang datang.

“Jom El,kita dah sampai.Inilah tempat yang Am cakap kat El.Nama tempat ini Rumah Seri Cahaya.” Amsyar mengajak Elyana turun bersamaku.

“Okey.” Singkat balasan dari Elyana.Mereka turun dari kereta dan berjalan beriringan bersama.Elyana memandang sekeliling dia melihat damainya dan bersih keadaan sekitar rumah itu,di lihat penghuninya lagi sedang main di taman.Dia tersenyum melihat situasi itu.Dia merasa damai dan tenang berada disini.

“Assalamualaikum adik-adik Abang Am.”Amysar menegur penghuni yang leka bermain di taman.Mereka yang leka bermain terus berhenti berkejaran dan memandang siapa gerangan yang menegur mereka.Mereka tersenyum melihat aku yang mendepangkan tangannya.Berlari penghuni itu menuju ke arah aku dan Elyana.

“Yeaayyyyy….abang Am datang,kenapa Abang Am dah lama tak datang?Kami semua rindu tau dengan Abang Am.”

“Eehh…langsung tak jawab salam abang Am tadi,kalau macam ini abang Am nak baliklah sebab adik-adik abang Am tak terima kedatangan Abang Am kat sini.” Sakat aku pada kanak-kanak yang sudah mengerumi aku.

“Jangannnn…” jawab mereka serentak.

“Waalaikumusalam Abang Am.Abang Am sihat?Kami semua sihat.”

Aku yang mendengar mereka memberi salam terus menjawab soalan.Dan tersenyum melihat kaletah mereka yang riang bila aku mampir ke Rumah Seri Cahaya.

“Abang Am sihat..Ohh..lupa pulak Abang Am ada tetamu yang nak Abang Am kenalkan pada kamu semua.Kamu semua nak tak kenal dengan tetamu kita ini?” Aku pandang El yang setia melihat aku melayan kerenah anak-anak yatim yang menjadi penghuni di rumah ini.Semua mata terarah pada Elyana.Elyana yang melihat menghadiahkan senyuman manis pada anak-anak yang memandangnya.

“Ini Kak Elyana panggil Kak El je.Kak El ini kawan abang Am.Okey semua pergi salam Kak El dan jangan lupa bagi salam.” Aku menyuruh anak-anak berjalan ke arah Elyana.

“Assalamualaikum Kak El,Kak El sihat?” tanya mereka serentak semuanya.

“Waalaikumusalam semua,harap semua sudi terima Kak El kat sini,Alhamdulilah Kak El sihat kalau tak sihat mesti Kak El dah duk baring kat rumah sekarang ini.” Seloroh Elyana.Dia senang dengan anak-anak di rumah anak-anak yatim ini.

Dalam mereka senang asyik dan rancak bermain ada seorang anak kecil yang berumur dalam lingkungan 3 tahun berjalan dan menuju ke arah aku dan Elyana dan terus memeluk kaki aku.Aku tersenyum melihat anak kecil itu.

“Pa..paa nak ukung…nak ukung” renggek anak kecil tu padaku.Aku yang mengerti apa yang di minta terus mengangkat tubuh kecil itu ke dalam dukunganku,ku peluk erat dan pipi anak kecil itu sentiasa menjadi sasaran cium dari aku.

Elyana yang mendengar berkerut mendengar apabila anak kecil yang berada di dalam pelukan Amysar membahasakan dirinya ‘Papa’.Apa hubungan Am dengan anak kecil ini nampak mesra.Aku yang terpandang wajah kerutan di dahi Elyana tersenyum pasti Elyana mempunyai pelabagai-bagai soalan yang timbul di benak gadis ini.

“El mari Am kenalkan dengan anak kecil yang Am dukung ini?Nama anak ini Aakif dia salah satu penghuni kat sini,waktu mula-mula Am jumpa dia,dia terus panggil Am papa.Mungkin wajah Am sama kot dengan wajah papa dia.umur dia sekarang dah masuk tiga tahun.”aku menerangkan sedikit sebanyak tentang kenapa Aakif memanggil aku dengan nama ‘Papa’

“Mana papa si Aakif ini?Macam mana dia ada kat sini kalau dia punya papa?Kenapa dia tak duduk dengan papa dia aje?” Elyana menanyakan soalan pada Amsyar.

“Aakif ini anak yatim piatu sekarang,dulu mungkin dia ada papa tapi tidak sekarang.Mama dia meninggal waktu lahirkan dia,dan papa dia kemalangan waktu dia masih berumur dua tahun lagi.”terang aku pada Elyana.Aku melihat ada sinar di mata Elyana seperti ada airmata yang bakal jatuh pada bila-bila masa saje.

Elyana yang mendengar sedikit retetan kisah Aakif terus,mengambil Aakif dari kendongan aku dan memeluk anak kecil itu.Di cium pipi anak kecil itu.Di dalam hatinya apa yang anak si kecil ini paham erti kehilangan,dia bersyukur di kurniakan seorang papa yang masih setia di sisinya.Aakif yang rimas Elyana menciumnya bertubi-tubi memandangnya dengan mata yang tak berkelip.Elyana yang tersenyum melihat kerutan di dahi anak kecil itu menyembunyikan tawanya.Dia tahu di benak Aakif penuh dengan persoalan.
“Akak ini sape?Nape akak ium Aakif?Berdosa tau,papa ata rang puan tak leh ium aki-aki?”pelat Aakif.
Aku dan Elyana berpandangan sesame sendiri,kami tersenyum melihat kepetahan Aakif.

Aakif yang berada di kendongan Elyana masih setia memandang Elyana,menanti jawapan.

“Aakif tak tahu ke siapa yang dukung Aakif sekarang ini? Soal Elyana pada Aakif.Di lihat Aakif mengeleng kepalanya.Mata bulat Aakif masih setia merenung Elyana dan menati jawapan darinya.

“Kalau Aakif nak tahu ini ‘mama’ Aakif mulai saekarang.”

Aakif yang diam terus merenung aku.

“Pa..tul ke akak nie Kif leh anggil ‘mama’? soal Aakif padaku.

Aku mengaganguk kepala tanya menyiakan.Aku melihat setelah melihat kepala aku yang menyatakan iya.Terus leher Elyana di peluk kejap oleh Aakif,pipi Elyana di ciumnya pula bertubi-tubi.Aku melihat jam tanganku sudah masuk waktu asar kini.

“Adik-adik abang ini semua dah solat ke?dah masuk Asar ini?”

“Belum lagi abang Am.” Jawab mereka serentak yang masih setia bersama aku.

“Okey..kalau belum jom kita sembahyang berjemaah bersama.Siapa yang nak jadi iman kali ini?Angkat tangan?”Aku lihat semua anak-anak di situ mengangkat tangan mereka untuk menjadi iman.Aku tersenyum dengan ketelah mereka.

“Ramainya yang nak jadi iman.kalau macam itu biar Abang Am je yang pilih siapa yang jadi iman tuk kali ini?Bole tak?”Soal aku.

Mereka mengangguk.

“Siapa kat sini nama dia Muhammad Amsyar Hakimi angkat tangan sekarang?” Aku melihat anak-anak melihat sesame sendiri,ada yang sempat bertanya menanya siapa Muhammad Amsyar sesama sendiri.Belum sempat aku bersuara memberitahu Aakif yang berada di dalam kendongan Elyana bersuara.

“Tu ama papa…tu ama papa Kif” jawab Aakif yang setia di dalam kendongan Elyana.aku yang mendengar tersenyum mendengar jawaapan si kecil itu.

“Pandai betul anak papa ini?Siapa yang ajar ini?Aakif dah solat kalau  belum jom kita ikut kakak-kakak dan abang-abang Aakif kita pergi solat sama,kali ini biar abang Am jadi iman pada anak papa dan adik-adik abang ini.”

“Okey..semua pergi ambik wudhu dulu,siapa lambat nanti kena nyanyi biar semua penghuni dengar.”aku melihat adik-adik ku semua berlari masuk ke dalam tidak terlepas jugak si Aakif yang berada di kendongan Elyana yang turut meminta dia dia turunkan,dan berlari masuk ke dalam.

El yang melihat semua kanak-kanak yang berlari  masuk kedalam terdiam melihat ketelah mereka yang patut dan mengikut semua arahan yang Amsyar buat untuk mereka.Dikala ini hatinya bagai ada seseuatu perasaan yang hadir,perasaan yang tak pernah dia rasakan selama ini,perasaan yang selama ini di dambakan.’Apakah perasaan yang sekarang bertamu di hati aku ini adalahhh perasaan cin..?’ Hati Elyana berdetik.

“Laa..ini kenapa pulak am tengok El termenung ini?Ingat kat siapa tu? Usikku pada Elyana.
“Mana ada termenung dan El tak ingat kat siapa-siapa pun?”

“Hmm..boleh percaya ke? Kalau macam itu mari kita solat dulu nanti kalau lambat kena denda tau?Kena nyanyi ?El nak ke?”Aku mengusik Elyana,jelas di wajah Elyana kini merah bila aku mengusik dia.

“Tolong erkk…bikan El yang kena nyanyi nanti tapi Am yang kena nyanyi pasal Am yang lambat tau.”habis berkata Elyana terus laju meninggalkan Amsyar yang memerhatikan dia dari belakang.

******
Elyana duduk di halaman rumah banglok kilik keluarganya.Sejak dia di bawa oleh Amsyar ke rumah anak-anak yatim Seri Cahaya dia tidak lagi berjumpa dengan Amsyar seperti biasa lagi.Dia tidak lagi mencari Amsyar.Kali terakhir dia berjumpa dengan Amsyar sewaktu majlis perkahwinan Ariff dan Emylia.Elyana pergi mencari dirinya,pergi menuntut ilmu agama yang tidak pernah di ambil berat selama ini,selama ini dia asyik sibuk mencari harta dan keseronokan.Bekalan untuk ke akhirat langsung sifar tak pernah di kumpulnya.Cara pemakaian dia sehari-hari selalu update dan terdedah tanpa tahu dosa dan pahala,bukan tak ada orang yang menegur cara dia berpakaian papanya sudah acap kali melarang dia memakai pakaian yang mendedahkan aurat tapi di buat sambil lewa segala teguran papanya.Kini baru dia sedar dan tahu kenapa papanya menyuruh dia mwenutup aurat,papa sendiri tak pernah melarang jika dia mahu ikut mengikut peredaran fesyen terkini.Bertapa dia menyesal.

Kini Elyana Natasya bukan lagi Elyana yanmg suka berpakaian seksi-seksi dan terdedah,kini dia berimej bertudung setelah pergi mendalami ilmu agama dengan seorang ustazah di Batu Gajah,Perak.Elyana yang kini mahu menjadi seorang muslimah yang menjaga maruah,aurat,percakapan sikap dan harta yang bernilai di dalam dirinya.Baru sekarang Elyana sedar apa yang dikatakan oleh Amsyar suatu ketika dulu tentang cirri-ciri 3i yang di cari Amsyar pada seorang perempuan yang bakal menjadi suri hati pemuda itu.3i…Islam..menyerah diri pada Allah,patuh pada setiap suruhan-NYA dan meninggalkan segala larangan-NYA.Iman..mengaku dengan lidah,membenarkan dengan hati dan segala perintah-NYA.Ihsan..melakukan sesuatu perkara semata-mata kerana Allah.’Alangkah bertuahnya siapa yang menjadi pendamping Amsyar,yang sememangnya kepimpinan terserah pada perwatakan Amsyar sebagai seorang iman dan ketua keluarga yang bertangungjawab kelak.’monolohg hati Elyana.

Elyana bangun dan menaiki satu persatu anak tangga untuk ke biliknya,kali ini dia nekad untuk berjumpa dengan Amsyar di Klinik Permata Hati.Sudah lama dia tidak pergi ke sana.

Baru Elyana tiba di anak tangga terakhir dia tersempak dengan papanya.

“Assalamualaikum papa,papa sihat?”

“Waalaikumusalam El,alhamdulilah papa sihat hari ini.El terima kasih El kerana berubah papa bahagia melihat penampilan El sekarang.Sejuk mata papa melihat anak papa sekrang.” Dr.Farid meluhakan rasa bersyukurnya.

Elyana yang mendengar papanya berkata begitu terus mengambil tangan Dr.farid dan di cium lama tangan tua tu.

“Pa..paaa maafkan El selama ini,maafkan El sebab ambik sambillewa je semua tegueran papa.El menyesal papa!” mata Elyana mula mengeluarkan airmata,dia cukup menyesal khliaf yang di lakukannya.Dia cukup beruntung mempunyai papa yanmg memahami dirinya.

“Anak papa tak buat salah apa pun kat papa.Papa cukup bangga dengan El selama ini,walaupun El tak liar sikit tapi El tetap menjaga maruah keluarga kita.Papa cukup bangga dengan El.Papa sayang anak papa ini”di cubit pipi Elyana dengan perlahan.

“Adoii..sakit lah papa cubit.”Elyana merenggek manja dan memeluk erat papanya.

“Terima Kasih papa,El pun sayang sangat kat papa.”balas Elyana.

“El nak keluar ke?Nak pergi rumah ustazah lagi ke?” soal Dr.Farid pada anaknya.

“Taklah,El rasa El nak pergi klinik Permata Hati kejap dah lama El tak kesana apa khabar Dr.Nadia,Dr.Emylia,dan Noni.”

“Yea..ke anak papa nak pergi tanya khabar Emy,Riff,Nad dan Noni ini atau El nak lepaskan rindu yang dah lama El pedam untuk Dr.Amsyar?” sakat Dr.Farid,melihat wajah El yang merah menahan usikan darinya terus menunduk kepala sambil kepala anaknya tergeleng-geleng menafikan tebakkannya.

“Mana ada papa,saje main teka je tau.Okeylah papa El nak pergi bersiap dulu karang semua yang ada kat koinik tu pergi makan tengahari bila El sampai nanti.” Tambah Elyana sambil berjalan menuju ke arah biliknya.

Dr.Farid yang melihat kelibat anaknya mehilangkan diri di dalam bilik terus tersenyum dengan keletah anaknya yang malu-malu mahu mengaku bahawa anaknya tu suka pada Amsyar.Dia sebagai ayah yang membesarkan anaknya sedikit sebanyak tahu apa yang berada di dalam hati anaknya itu.Insyallah jika ada jodoh mereka pasti akan di satukan.Doanya selalu mahu melihat anaknya bahagia bersama dengan orang yang di cintai dan memcintai.

*****
Suasana di klinik Permata Hati agak lenggang dikala ini.Dr.Nadia yang termenung di dalam biliknya pening memikirkan sudah pelbagai cara dia guna untuk Am sedar yang dia sudah jatuh cinta dengan lelaki itu.Tapi semuanya di pandang sepi dari pihak Amsyar.Dr.Ariff menemani isterinya Dr.Emylia yang sudah di masukan ke hospital untuk bersalin manakala Noni pulak pergi ‘lunch’ bersama oaring yang tersayang.Ada suara halus berbisik ke telinga Dr.Nadia,dia tersenyum sendiri.’Yea dia harus lakukan seseatu agar Amsyar menjadi miliknya dia kan mengunakan keadaan klinik yang tak ada orang ini untuk menjayakan rancangannya.’detik hati Dr.Nadia.

Dr.Nadia yang berada di pantri tersenyum melihat air yang di bancuhnya.Dihidu air coffee tu dengan senyuman yang jahat.Cofee susu yang di masukan sesuatu ke dalamnya.Di yakin kali ini Amsyar tak boleh lepas darinya lagi.

‘Kau tunggu Am,kau bakal menjadi milik aku selamanya.’ Detik hati Dr.Nadia.

“Tuk..! Tuk..!

“Masuk !” terdengar suara Amsyar menyuruhnya masuk.Nadia tersenyum sinis.

“Assalamualaikum Am.” Tegur Dr.Nadia sambil menatang secawan Cofee susu yang di bancuh tadi.
‘Waalaikumusalam Nad.Ada apa Nad cari Am kat sini?” soal aku.

“Tak adalah Nad tadi buat air untuk Nad tu yang sekali Nad tolong bancuhkan untuk Am sekali.Am tak penat ke?Kenapa tak keluar lunch atau Am nak lunch sekali dengan Nad?”

“Laa…Nad tolong bancuh air untuk Am,buat susah-susah je.Terima kasih sebab bancuhkan air itu.Nad tolong letak kat tempat biasa kat atas meja nanti Am minum.”

“Ehh..mana boleh letak kat sana,penat tau Nad buat untuk Am lagi pun coffee susu panas-panaslah sedap di minum nanti kalau dah sejuk dah tak sedap pulak nanti.”

“Okeylah bawak lah sini Am minum sebagai memusakan hati Nad.” Aku meminta air yang di bawa oleh Nad tadi lalu aku teguk dengan perlahan-lahan masuk kedalam kerongkongan aku yang dah memang haus ini.

Dr.Nadia yang melihat bersorak di dalam hati dan di sembunyikan senyuman sinisnya.Dia melihat Amsyar meneguk perlahan-lahan coffee susu yang dia buat tadi.Beberapa minit kemudian Amsyar di lihat memincit-mincit kepalanya ,di lihat Amsyar mula terasa panas di badannya.Amsyar yang pening merasa panas satu badannya dia seperti khayal,kot uniformnya di tanggalkan satu persatu butang bajunya mula di buka perlahan-lahan.Dr.Nadia tersenyum melihat kelakuan Amsyar.Di lihat dada sasa Amsyar yang terbuka sedikit itu,Nadia berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Amsyar.

Amsyar yang masih sedar cuba melawan khayal.Dia bagai ternampak seolah-olah Nadia membelainya.Di tepis tangan Nadia yang berada di pinggangnya,dia mengundur perlahan-lahan ke belakang tapi tak jauh dia tersandar di dinding dan melihat Nad mengepung dia.

‘Naaadd…aapaa yang Nad leeetaak daalam minnumm Am tadii… satu persatu ayat yang di tutur oleh Am.
“Nad tak letak apa-apa pun Nad cuma letak sesuatu je untuk buat Am khayal,sekarang Am dah Khayal jom kita bersama-sama memandu kasih.” Ucap Nadia sambil membelai pipi dan dada sasa Am yang terbukak sedikit.

Amsyar masih cuba melawan tapi kudrat dia bagai tiada hendak melawan semua tindakan Nadia padanya.walaupun di tepis semua pelakuan Nadia tapi dia melihat Nadia masih Cuma membelai-belainya.Amsyar terdengar Nadia membisikan sesuatu di saat tubuh mereka berpelukan.

“Am..Nad sayang pada Am dan sekarang Nad akan pastikan Am milik Nad seorang je.”

Elyana yang sampai di klinik Permata Hati pelik melihat keadaan sekeliling biasanya kalau tak ada orang di kaunter Pendaftaran di depan pasti Nadia atau Amsyar yang menjagaa kalau Noni keluar lunch tapi hari ini tiada sesiapa yang duduk di depan kaunter itu di lihat.Perasaan Elyana tidak enak di kala ini,dia berdiri di hadapan pintu bilik yang tertera nama Dr.Amsyar.Baru dia mahu membuka pintu,dia terdengar suara renggekan seorang perempuan di dalam bertingkah dengan suara Am.Dia cam suara itu,itu suara Am dan Dr.Nadia?Apa yang mereka buat di dalam bilik.? Pelbagai-bagai persoalan yang timbul di benaknya kini.Hati dia rasa macam di robek dan di tikam mendengar suara yang ada di dalam bilik Amsyar.Elyana yang raasa pedih di kuak pintu bilik Amsyar dengan kuat tanpa member salam.Dia tergamam dengan apa yang di lihatnya kini bagai tidak percaya yang Amsyar yang di pandang tahu adab agama melakukan perkara yang paling dia benci.

“Arghh…semua lelaki sama je,tak boleh nampak perempuan !” rungut Elyana.

‘Nad..Am !! Apa yang kamu berdua buat iniiii ! “

“El ! Too..long Nad ttt..ak bbb..uat aaa..pa-apa Am cuba goda Nad tadi !” jawab Dr.Nadia tergagap-gagapsambil menolak tubuh Amsyar jauh darinya.

Aku yang memandang kabur kelibat Elyana,cuba menerangkan situasi sebenar.Aku cuba bersuara menerangkan perkara yang berlaku.

“El..El saaa..lahh paa..ham Am tak pernah buat apa yang El nampak tadi.”aku cuba menerangkan perkara sebenar pada Elyana.Aku nampak dia memandang tajam ke arahku dan Nadia di kala ini.
Elyana memandang tajam kea rah Amsyar.

“Apa yang El nampak sebentar tadi semuanya benarkan Am?Apa yang Am cuba buat dengan Nad tadi?Am masih nak elak?Am tengok keadaan Am sekarang?” soal Elyana sinis.

Aku jadi bagai hilang kata-kata.Aku benar-benar bingungg waktu ini.

“El..kena yakin pada Am,yang Am betul-betul tak buat benda ini semua.Am masih ingat dan waras bezakan antara dosa dan pahala.”ujurku tegas.Kepalaku terasa seperti perpusing-pusing ketika ini tapi aku gagahkan diri.Aku melihat Elyana seperti enggan menerima penjelasanku.

“Am ingat El percaya kea pa yang Am cuba nak katakana ini?Senangkan pak imam je boleh tergoda kalau ada orang yg mengodanya inikan pula Am !” jerit Elyana sambil berlari ke;uar dari bilik itu.Aku yang melihat Elyana meninggalkan klinik terus mengagahkan diri mengejar langkah Elyana yang semakin jauh dari pandanganku.

“El..El…El..Elyanaaa….”aku memanggil-manggil Elyana,tapi hampa sahutan aku tidak di sahut olehnya.Aku mula rebah di atas lantai tanpa aku sedar sambil mata ku mula tertutup perlahan-lahan.

******
6 tahun berlalu…

“Assalamualaikum..” tegur Arif serentak dengan Emylia.

“Walaikumusalam” jawab aku perlahan.

“Am kalau kau nak balik kau bole balik biar aku ambik alih pulak pergi bawa berehat.Aku tengok kau sejak 6 tahun ini kau kuat berkerja sampai kau abaikan masa rehat kau.” Jelas suara Ariff risau melihat keadaan Amsyar yang kini.Tiada lagi seri di wajah rakan ini sejak Elyana meninggalkan rakannya tanpa mendengar penjelasan.

“Am kalau kau rindu dia?Kenapa kau tak cuba cari dia?”

“Aku dah cuba cari dia Riff,aku cuba nak terangkan keadaan sebenarnya tapi dia yang tak mahu jumpa dengan aku lagi.Aku rasa dia dah benci dengan aku.Dr.Farid pun kata biar El tenangkan dirinya insyallah kalau ada jodoh antara kami tak akan kemana.”perlahan nada Amsyar.

“Sabar,Am mungkin ini ujian untuk kau.Aku yakin cepat atau lambat kau pasti dapat jumpa dia lagi.”Ariff bersimpati pada rakannya,nasib rakan ini kuat pegangan agama yang diterapkla  pada amsyar kalau tak mahu tersasar sahabatnya ini.

“Okeylah..kalau kau nak baliklah nanti aku dan Emy tengok dan handle semua yang berlaku hari ini.Balik dan berehat.aku tak mahu tengok kau kat sini lagi kang aku bagi ubat tidur kat kau baru tahu !”ugut Ariff paada Amsyar.

“Bagus jugak tu kalau kau bagi aku ubat tidur,bolehlah aku tidur dengan senang.”seloroh aku pada Ariff.Aku lihat mata rakanku bulat memandangku.

Amsyar yang mendengar ugutan dari Ariff dan jelingan tajam terus mengangakat tangan dan mengaganguk kepalanya tanda dia akan beredar sebentar lagi.Dia berutung di saat-saat dia memerlukan seseorang Arif dan Emylia berada di sisinya.

“Riff..Emy aku rasa aku nak ambik cutilah?Boleh tak?Aku nak pergi jalan-jalan cari aweks.”
“Apa kau kata Am,ini sejak bila pulak kau jadi playboy ini?”soal Emylia dengan kerutan di dahinya.Di pandang wajah suaminya,Ariff.

“Mana ada aku rasa nak pergi umrahlah sambil jalan-jalan tenangkan fikiran aku ini kat sana nanti.”
“Ohhh…kalau tu kau jangan risau kau nak ambik cuti berapa lama kau nak kami ada untuk urusan klinik ini lagi pun kakitangan kita cukup dan adik kau pun ada boleh tolong sekali.

“Terima kasih Ariff..Emylia.Korang berdua banyak bantu aku selama ini” ucap Amsyar.

“Sama-sama Am kitakan kawan sejak di bangku sekolah lagi siapa lagi kalau bukan kami yang tolong kau.”ujur Emylia pada Amsyar.

******
Kini aku sudah berada di Madinah,aku menginap di salah satu hotel Bahauddin  yang terletak begitu hampir dengan majid Nabawi.Alangkah  damainya dan aku merasa damai di sini tak pernah aku merasa setenang ini,walaupun terik cuaca ketika ini tidak sedikit pun membahangkan tubuh.Angin yang bertiup sekitar kawasan ini sempoi-sempoi bahsa terasa diingin di kulit wajah.Bertapa tenteram,indah dan damai di Kota Madinah tidak pernah aku merasa nikmat yang aku alami di mana-mana kecuali Tanah Suci.

Memang benar kata orang Bandar Nabi s.a.w. mempunyai sifat-sifat baginda dari segi keperibadian yang mulia dan tinggi tetapi penyayang dan lembut itu mampu di rasakan di sini.Masyarakat di sekitarnya mesra dan peramah ini semakin mendekatkan jiwaku dengan Bandar agung ini.

Sepanjang aku berada di sini bayak tempat yang aku ziarahi dan berpeluang untuk beramal ibadat dengan mendalam lagi.Aku sempat memziarahi makam Nabi s.a.w di Raudah,pasar kurma,menziarahi  ke Masjid Quba.Di kota Madinah al-Munawarah aku melakukan ziarah wada.’Aku merasa kesan yang cukup dalam terhadapku.Selama lapan jam aku berada di dalam bas menuju ke Masjidilharam.Dapat aku rasakan tanganku diingin dan seram sejuk bila bas yang aku naiki menuju masuk ke gerbang pintu Mekah berhampiran dengan Masjid Tanaim,tempat yang akan aku tuju esok harinya.Di dalam hati aku berdoa pada Allah semoga segala perkerjaan dan ibadah yang akan aku lakukan dipermudahkan dan di terima oleh-NYA.
Sewaktu aku keluar dari masjid selepas menunaikan solat Isyak ramqai orang berpusu-pusu keluar dari masjid,saat mata aku melilau mencari sandleku,mataku terpaku pada figura seorang wanita yang sememangnya telah lama aku mencari dirinya.Aku melangkah perlahan-lahan ke arahnya lalu berdiri tegak di belangkangnya yang membelakangi aku ketika ini.Ketika aku hendak bersuara wanita itu menoleh ke arahku yang tegak berdiri memerhatikannya.Aku lihat dia menoleh memandangku dengan riak terkejut.Pandangan kami bagai terkunci seketika saat mataku dan matanya beradu.Jantung aku kini bagai bertukar irama rancak dan pantas bagai ada sesuatu aku rasakan kini.

“El?”

Namanya aku sebut perlahan.Aku melihat dia masih mendiamkan diri tanpa sebarang suara tapi matanya masih memandangku.Selama dia menghilang hanya dia yang berada di ingatanku dan kenangan yang kami berdua sentiasda menari-nari ketika aku bersendirian.Benci lagi kah si dia padaku?Aku tak bersalah malah qaku tak pernah di beri kesempatan untuk menyatakan kebenarannya.

Elyana Natasya binti Farid.

Wanita yang pernah singgah mewarnai hari-hariku,kini berdiri dihadapanku.Mataku dan matanya berpandangan .Debaran di jantungku rasakan berdegup kencang dari yang tadi.Degupannya bagai terdengar di telingaku.Apakah pertemuan ini jawapan dari semua permintaan doa yang aku lakukan?Adakah si dia  yang berdiri dihadaapanku ini diciptakan dari tulang rusuk kiriku?Aku melihat dia sangat berbeza dari hari terakhir aku melihat wajahnya yang samar waktu kejadian 6 tahun lalu.

“El? Elyana Natasya anak Dr.Farid?”

Aku pandang wajah El yang jelas kaku tanpa suara.

Aku menyabarkan hatiku.Aku yakin wanita yang berdiri dihadapan aku adalah wanita yang aku cari selama ini.Nafasku tarik panjang.

“Am.”Bergetar suara El menyebut namaku.jantungku bergetar ketika El menyebut namaku.
Aku pandang wajahnya.Matanya aku lihat bersinar seperti sinar mata yang dah lama tidakku lihat.”El buat apa kat sini?”

“Buat apa lagi kalau dah nampak El kat masjid ini?”ujarmya sinis sambil memandang ke arah orang ramai yang datang dan pergi ke masjid itu.

Aku tersenyum melihat El yang acuh tak acuh melayan aku.

“Bila El sampai sini?Datang seorang je ke?”aku cuba beramah mesra dengannya.

“Dua hari.”jawabnya ringkas.

“Am dah lima hari kat sini,”aku menunding jari memberitahu di mana aku tinggal tanpa di tanya oleh Elyana.”El duduk hotel mana?”

Tiada jawapan dari Elyana hanya matanya memandang ke arah hotel yang aku tunjuk sebentar tadi.

“Maaf…Saya nak balik.Minta diri dulu.” Aku melihat dia memakai sandlenya dan berjalan laju tanpa memandang ke arahku.Aku yang melihat terus memakai selipar dan mengejarnya.

“Am pun nak balik jugak.Kita balik sama-samalah”ujarku pada Elyana.

“El dah berapa kali buat Umrah?”Aku memulakan perbualan sambil melangkah menuju ke hotel.
“Empat.”

Aku melihat awajah Elyana serius tanpa senyum dan kata ganti diri pun dah di tukar pada ‘saya’ tidak lagi ‘El’.

“El seorang ke sini?Papa El ikut ke?”tanyaku.

Aku melihat dia megeleng kepala.”Saya ke sini dengan kawan.”

“Mana dia?Tak nampak pun dia?”

“Dia ada dalam bilik kurang sihat.”

“Habis El tumpang mahram siapa?”

Pertanyaan demi pertanyaanku ajukan padanya,serba sedikit aku mengetahui tentang diri Elyana.
“Saya tumpang mahram dengan orang.”

‘Oohh….”jawabku.

Aku dan dia menyambung perjalanan balik ke hotel tanpa bersuara.Aku terlalu ingin berbual dan mahu tahu banyak tentang dirinya tapi layanan dia padaku membuat aku menamatkan sahaja perbualan aku dan dia.Aku dan dia berhenti seketika untuk menyeberang jalan raya yang sentiasa ramai orang dan kenderaan yang bertali harus,aku berdiri di sebelah kananku.


“El dah makan?”soalku pada dirinya.


“Tak apalah.Kejap lagi saya turun makan bersama kawan saya.”aku tersenyum bila dia menjawab seperti itu.Aku tahu dia mahu mengelak dariku.

“Marilah kita mqakan bersama,call kawan El minta dia turun ke bawah.”aku masih ingin berbual dengannya lagi,akanku gunakan kesempatan ini untuk membetulkan apa yang harus dia tahu bahawa aku tak bersalah dalam kejadian 6 tahun lalu.

“Am tak faham ke cakap saya?”Suaranya mula tinggi.


“Salah ke kalau Am nak ajak kawan lama yang dah lama menghilang sebab mengelak dari Am?”

“Ajaklah kawan El turun,kita makan bersama.”aku tetap memujuk si dia.

Aku nampak El segera mengorak langkahnya meninggalkanku,aku segera mengekorinya.Aku dan  Elyana terus masuk ke dalam lif yang terbuka.Kami sempat berpandangan ketika lif tertutup.Tiba dipintu bilik Elyana,aku nampak edia terus meluru masuk sambil pintu di hentak kuat.Tergamam aku dengan tindakan dia.Aku cuba tenangkan hati aku,aku tahu dia pasti terkejut dengan pertemuan yang mengejut ini.Aku menyeluk saku dan cuba mendail nombor telefon bimbit yang Dr,Farid bagi padaku sebentar tadi.

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumusalam..”jawab si dia.

“Elyana,ini Am.”jawabku.Dia tidak menjawab setelah aku kenalkan diriku.

“El tolong jangan letak,Am tunggu El kat bawah ada perkara yang Am nak bagi tahu kat El,itu terserah pada El sama ada mahu terima penjelasan Am atau tak.Kalau ternyata El memang tak mahu Am ganggu lagi selepas mendengar apa yang Am nak terangkan Am janji yang Am akan jauhkan diri dari El.”

Aku menunggu Elyana dibawah.Sebaik pintu lif terbuka,aku lihat dia orang yang pertama yang aku nampak keluar dari lif dan menuju ke arah aku.Aku dan dia melangkah ke kantin dan menuju ke arah meja yang tersedia.

 “El nak minum atau makan?”

Aku melihat dia mengeleng kepalanya.Aku tersenyum.

“Tak apalah kalau El tak nak makan tapi Am tolong El order air kegemaran El,ya.”dia diam tanpa member respon dari apa yang aku minta.

“El kenapa El pergi begitu saje?Kenapa El tak dengar penjelasan yang Am nak buat masa itu?El tahu tak yang Am cari El merata-rata tempat untuk bersua muka dengan El supaya El tak akan jauh dari Am lagi.”

“Saya minta maaf buat awak cari saya,saya tak berniat macam itu.Awak tak payan ceritakan apa-apa lagi tentang kejadian 6 tahun lalu tu,saya tak mahu dengarnya lagi.”Elyana bersuara akhirnya.

“Tapi kenapa El tak mahu mendengar penjelasan Am,Am rasa antara kita dah sekain jauh padahal sebelum kejadian ini Am senang berkawan dengan El.”

“Maaf sekali lagi saya tak mahu mengungkit kejadian yang membuat saya melupakan orang yang paling bermakna dari dalam hidup saya.Saya malu nak berdepan dengan awak sebab apa yang saya nampak selama ini hanya di sebelah pihak manakala lagi sebelah pihak saya eggan mendengar penjelasannya.”

“Saya cintakan awak,maaf kerana saaya berterus terang pasal perasaan saya pada awak tapi saya tak dapat menahan diri saya dari meluahkan perkataan ini pada awak.Saya dah tahu dari Papa dan Emy,mereka berdua telah menceritakan semuanya pada saya.”

Aku tergamam dengan luahan isi hati wanita yang selama ini aku sayang daalam dia. Melihat dia bangun dan berdiri untuk berlalu setelah dia meluahkan segala-galanya.Di dalam hati ku panjatkan syurkur kerana jawapan yang selama ini ku cari dah kutemukan di dalam pertemuan diriku dan dirinya di kota suci ini.Aku turut bangun.Belum sempat dia ingin melangkah aku bersuara.

“Kenapa nak elak dari Am lagi kalau El dah tahu hal sebenar?El sendiri mengaku yang El sayang Am kenapa nak seksa hati tu lagi?Tak cukup ke selama ini Am bagi El menyendiri dan memcari apa yang El nak dalam hidup?Sekarang apa yang El impikan bakal menjadi kenyataan,” Aku menyoalnay bertubi-tubi.Jelas di wajahnya kini riak hairan.Aku tersenyum manis untuknya.

“Apa maksud awak?” tanyanya lurus.

“Elyana Natasya binti Farid.”ku sebut perlahan namanya.

“Sudikah kamu menjadi pendampingku di kala senang dan susah bersamaku?Menjadi suri di hatiku?Menjadi isteri buatku dan ibu kepada anak-anak kita yang bakal lahir kelak?”

Aku melihat dia terpaku dan tergamam memdengar lamaran yang ku ucap padanya.

“Kenapa awak taka marah,kenapa awak masih nak melamar saya sedangkan saya dah banyak berburuk sangka dengan awak selama ini?Layak ke saya untuk menjadi pendamping awak?”

“Setiap manusia akan melakukan khilaf,tak semua manusia sempurna El.Apa yang Am tahu El ada 3i yang selama ini Am cari insyallah kita sama-sama saling lengkap melengkapi dan menerima segala kekurangan dan kelemahan diri kita masing-masing.Jika diizinkan oleh-NYA yang El bakal menjadi suri di hati Am akan cuba didik El dan menjaga rumahtangga kita supaya mendapat keredhaan dari-NYA.Sudikah El berkahwin dengan Amsyar Hakimi?”Soalku denganh bersungguh-sungguh.Aku melihat ada airmata dibening matanya yang bakal jatuh mutiara jernih itu pada bila-bila masa.

Dia mendiamkan diri dan masih memandangku.Perlahan-lahanku nampak kepalanya di angguk-angguk tanda dia setuju dengan lamaranku sebentar tadi.Aku tadah tanganku tanda aku bersyukur akhirnya aku menemui tulang rusuk kiriku iaitu Elyana Natasya.

‘Alhamdulillah Ya-Allah…Terima kasih KAU makbulkan doaku selama ini.Ya-Allah kau redhai kehidupan kami kelak,KAU lindungilah rumahtanggaku dan KAU berilah aku anak-anak yang solleh kelak.Aminyarobaalamin.’detik hati Amsyar.

*********

Balik sahaja aku dan El dari Umrah aku dan ayahku terus ke rumah El untuk bertemu Dr.Farid selaku wali kepada Elyana bakal isteriku.Setelah semua sepakat dan memberi kata putus akhirnya aku dan El disatukan di majlis akad nikah yang serba ringkas yang hanya di datangi oleh saudara-mara dan sahabat taulan kami.Ariff dan Emylia banyak menolong aku membuat persiapan ini.Aku cukup bertuah mempunyai sahabat sejati seperti mereka.Suasana di majlisku dan El sangat meriah sampai tetamu yang hadir penuh memenuhi rumah kami yang tak kunjung putus datang dari pagi hinggalah ke malam.

“Am…amboii aku tengok bukan main lebar kau senyum sekarang errkk.” Siku Ariff mengwena pingangku.Aku mengaduh sakit.

“Adoii..sakitlah Riff,apa kau ini mestilah aku tersenyum senang sebab aku dah bertemu bidadari syurga aku yang aku cari selama ini,tak akan aku nak masam pulak?”

“Yealah…aku doakan semoga rumahtangga kau dan El bahagia sampai ke anak cucu.Okeylah aku dengan Emy nak balik ini sebab anak-anak kami pun dah letih.

“Terima kasih Riff..Emy sebab sudi tolong aku memeriahkan majlis ini lagi.”

“Sama-sama Am,kami minta diri dulu.Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.”aku pandang Ariff,Emylia dan anak-anaknya hilang dari pandanganku.

Aku memandang satu sudut melihat ayah dan papaku rancak berbual,sekali mataku melilau mencari kelibat isteriku yang hilang entah ke mana.Aku dekati ayah dan papa yang berada di khemah.

“Assalamualaikum ayah..papa?”

“Waalaikumusalam Am.”jawab mereka serentak.

“Amboi..ayah.papa tak masuk tidur lagi ke?Semua tetamu dah pulang ayah dan papa pergilah berehat di dalam bilik insyallah kita kemasa sama-sama esok pagi.”

“Kamu tak payah risau pasal ayah dan papa ini,malam masih muda lagipun bukan selalu kami berbual macam ini,kamAm tu yang patut tidur awal.Pergilah naik ke bilik isteri Am dah lama tunggu itu.”usik ayahku padaku.Merahku rasa mukaku dikala ini mendengar gurauan dari ayahku.

Ayah dan papa yang melihat pipiku merah berpamdangan seketika lalu mereka tertawa bersama.Aku yang melihat mereka tertawa terus mengaru kepalaku yang tidak gatal.

“Dah pergi masuk ke dalam.” Serentak ayah dan papaku bersuara.Aku yang mendengar terus menyalami kedua-dua orang tuaku lalu minta diri berlalu dari situ.Tiba di dalam satu persatu  anak tanggaku daki,tiba di depan pintu bila aku merasa ada seperti angin seram sejuk bertiup di tengkukku.Sejukku rasakan,peluh diingin mula membasahi dahiku.Lama aku berdiri didepan pintu sebelum menarik nafas panjang,ketuk pintu bilik El perlahan dan member salam tapi tiada sahutan dari dalam.Aku kuak pintu dari luar dengan perlahan-lahan aku melangkah masuk ke dalam,kututup pintu bilik El perlahan-lahan.Mataku tercari-cari kelibat El di dalam tapi aku gagal mengesan kelibat El disitu,lalu ku halakan mataku ke arah katil masih tidak kutemunya.

‘Mana El pergi,tapi papa dan ayah kata El tunggu aku kat bilik.’bisik hatiku.

“El? El..?”Aku panggil namnya perlahan.

Elyana merasa dahinya penuh dengan air peluh yang mengalir di dahi.Dia rasa seram sejuk apa lagi bila mendengar suara Am yang memanggilnya.Mundar-mandir dia di dalam bilik air,terasa kecut perutnya bila terkenang dia bakal berkongsi bersama seorang lelaki yang bernama suami kepadanya.Hendak keluar dia rasa takut,kaki dan lutut dah mula mengeletar.Nasib baik dia sudah menunaikan solat isyak berjemaah bersama-sama suaminya tadi kalau tak mana dia nak sorokakan muka ini.Dipandang baju tidur yang di hadiahkan Umi yang menjaga Rumah Cahaya.Elyana mengetap bibirnya melihat penampilan yang seksi pada malam ini.Ini kalau di keluar mahu terbutang mata Amsyar tengok cara dia berpakaian macam ini.Elyana terkejut bila terdengar ketukan di pintu bilik air.

“El…sayang buat apa kat dalam abang panggil sayang tak jawab?”

“Ha’ah…erkk saalah…yea kejap lagi El keluar,Am erkk salah abang..” balas Elyana padaku.Jelas getar suara Elyana.

“Hmmm…abang tunggu sayang!”Aku sengaja menekan perkataan ‘tunggu’ padanya.

Elyana yang mendengar Amsyar menunggunya menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan.Diraup mukanya berkali-kali.Masih jelas diingat pesan umi padanya petang tadi dia tak perlu takut kerana hubungan dia dan Amsyar halal disisi agama dan ini merupakan tanggungjawabnya seorang isteri dasn dia perlu menjalani semua dengan reda dan hati terbuka.Dia buat semua ini untuk suami dia,bukan untuk orang lain pun.Elyana memujuk hatinya.putar tombol perlahan-lahan.Dia menjengukkan kepalanya mengintai kelibat suaminya,tapi tak nampak pun kelibat suaminya.Perlahan –lahan kakinya keluar dari bilik air,jantungnya tak usah nak cakap punya laju degupan bila selangkah demi selangkah dia menapak.Mata dia terkaku pada kelibat suaminya yang membelangkanginya,dia nampak Amsyar sedang melihat potret wajahnya yang terpampang dinding dekat diatas kepala katil,El menapak lagi sehingga betul-betul berada di belakang suaminya,dipegunkan dirinya berdiri.

Aku yang asyik melihat potret wajah isterinya terbau wangian yang menarik perhatian aku sejak tadi.Bau harum itu seprti berada di belakangku sekarang dan membuat aku berpusing menoleh ke belakang.Mulutku terlopong.Air liurku telan banyak kali.Mataku apa lagi tak berkelip-kelip memandang makhluk Tuhan yang begitu indah di haapanku.Jantungku rasa bagai nak tercabut keluar.

Aku terpegun,tak ada kata-kata yang dapat aku lontarkan ketika ini.Melihat El dalam keadaan ini membuat aku bedebar-debar melihat dia berpakaian begini.Dia mula bersuara.

“Errr….kenapa abang pandang El macam tu?

“Eeeerr…sayang nampak lain malam ini.Tak takut ke kalau abang nggang sayang?” aku cuba berseloroh untuk meredakan degupan jantungku yang dah semakin laju bila melihat senyuman  mengoda dari isteriku.
Dia kemudiqan meraih jari-jemariku dan di kucup lembut.Tubuhnya dipeluk kejap oleh si dia.Aku tolak tubuhnya menjauh dariku seketika.

“Sayang..kalau sayang tak bersedia lagi abang tak akan paksa sayang.Abang akan tunggu saat itu,abang tak nak sayang rasa terpaksa.”belum sempat aku menyambung kata-kataku lagi jari-jemari El menyentuh bibirku.Terkelu aku seketika.Pelik.

“Shyyy…..”aku merasa jari-jemarinya hinggap dibutang baju melayuku.Perlahan-lahan dia membuka satu-persatu butang baju melayuku.Dia menarikku ke arah tempat peraduan kami,sambil berbisik ke telingaku.

“Abang…mari teman El tidur,El sayang dan cinta abang.El nak jadi isteri yang sempurna dan diredhai bila El menjalankan kewajipan yang sepatutnya El buat untuk abang.”


“Terima kasih sayang,kerana sudi menjadi penyeri dalam hidup abang dan menjadi makmum abang.Abang cintakan sayang”lirih suaraku berbisik kembali ke telinganya.

“Sama-sama imamku..”







p/s : jika kita mencari cintai Illahi insyaAllah kita jumpa cinta manusia... jika kita ikhlas mencari keredhaannya.... tak perlu kita kejar yang belum pasti milik kita... ia akan sendiri datang tanpa kita duga...
SEMOGA SEMUA TERHIBUR DENGAN GABUNGAN KAMI BERDUA SEKALI LAGI JIKA ADA SALAH DAN SILAP MAAF DARI PIHAK KAMI DAN KOMEN DARI PEMBACA SEMUA MASIH KAMI PERLUKAN SUPAYA DAPAT MENINGKATKAN PENULISAN KAMI YANG MASIH BARU INI HIHI…. :)